Gencatan Senjata Berkuatkuasa Di Gaza

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Gencatan Senjata Berkuatkuasa Di Gaza



GAZA CITY – Gencatan senjata antara Israel dan Hamas dikuatkuasakan bermula malam tadi waktu tempatan (awal pagi waktu Malaysia) selepas lapan hari serangan menyasarkan wilayah Gaza, menyebabkan lebih 150 orang terbunuh.

Gencatan berkuat kuasa 9 malam waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia). Harapan itu menjadi kenyataan semalam selepas 157 orang terbunuh susulan serangan Israel ke atas Gaza pada Rabu lalu. Seramai 13 orang terbunuh semalam, sebelum gencatan dikuatkuasakan.

Konflik di Gaza selepas Israel menembak mati ketua sayap tentera Hamas, Ahmed al-Ja’abari pada 14 November lalu. Beberapa jam sebelum perkembangan itu diumumkan sebuah bas di Tel Aviv letup, menyebabkan lebih 10 penumpang cedera.

Persetujuan gencatan ini sebenarnya dijangkakan akan dicapai kelmarin tetapi hanya menjadi kenyataan malam tadi. Di bawah perjanjian itu, Israel dilaporkan telah bersetuju untuk mengakhiri kesemua bentuk sasaran pembunuhan manakala Hamas pula akan menghentikan serangan ke atas Israel.

Menteri Luar Mesir, Kamel Amr mengumumkan perkembangan ini pada satu sidang media Kaherah bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton. Clinton turut menyertai perundingan bersama merundingan gencatan senjata.

Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal menyifatkan tindakan ketenteran Israel telah gagal. Menurut laporan BBC, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Mesir yang menggerakkan usaha ke arah gencatan dan menghentikan konflik terbaru di wilayah Gaza yang ditadbir oleh Hamas.

Katanya, perjanjian gencatan senjata memenuhi tuntutan-tuntutan Hamas. Sehubungan itu katanya, kesemua laluan ke Gaza akan dibuka semula termasuk yang bersempadan dengan Mesir.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula berkata, beliau bersetuju dengan pandangan AS bahawa harus diberi satu peluang untuk melaksanakan syor Mesir dan mewujudkan kestabilan di rantau itu.

Katanya, Israel akan mengambil tindakan tegas jika perjanjian gencatan dicabuli. Clinton dipetik berkata, bagi memastikan perjanjian gencatan senjata menjadi kenyataan, serangan roket dari Gaza mesti dihentikan dan suasana tenang yang menyeluruh mesti diwujudkan kembali.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga menyambut baik keputusan ini.
Laporan media juga menyebut penduduk Palestin di Gaza menyambut baik perkembangan tersebut.

P/s : Setelah ramai kanak kanak dan wanita dibunuh, barulah gencatan senjata dapat dibuat... Itu pon atas desakan sesetengah  pemimpin pemimpin negara Islam.. 


Related Post

  • Kesian Pakcik Ni Kesian giler aku tengok pakcik ni kerja... Bahaya wooo tugas dia ni... Dia bekerja sebagai seorang pen'service' airc…
  • Spirit Of The Coin FinalIni adalah kesinambungan cerita sebelum ni... Pada sesiapa yang tak baca dan mengikuti cerita seram ni, boleh la klik ka…
  • Ibu Bernilai Tinggi Hingga Boleh Digadai Betapa bernilainya seorang ibu sampai boleh digadai untuk membayar hutang... Dan betapa kejamnya seorang anak sanggup…
  • Kisah Benar | Hinakah Mat RempitKisah Benar | Hinakah Mat Rempit| Cerita ni membuatkan aku insaf seketika... Walaupon ramai yang melabelkan mat rem…
  • Buang Anak Di LautTengok tv 3 tadi, sekali lagi aku menangis... Mana taknya, budak kecil yang baru dilahirkan dibuang di laut.. Luluh hati…
2 Komen untuk "Gencatan Senjata Berkuatkuasa Di Gaza"

Sedih apabila tengok kanak-kanak yang menjadi mangsa..

baguslah kalau dh berhenti.......
sedih tau tgk ...

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info