Segmen Mialiana.com- Mari Berpantun

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Segmen Mialiana.com- Mari Berpantun


Jalan jalan tinggalkan komen,
Budaya kita bersopan santun,
Di hari ahad terjumpa segmen,
Segmen Mialiana, Mari Berpantun..

Dalam hutan ada kera,
Dalam kera tiada hutan,
Assalammualaikum pembuka bicara
Salam Sejahtera aku ucapkan..

Amboi!!! Starting je terus berpantun.. Bukan main semangat lagi aku nak berpantun ni.. hahaha...
Yup.. dari zaman sekolah aku cukup suka berpantun.. Nampak macam klasik sikit bila berpantun ni.. Jom klik blog Kak Mialiana.com kalau nak berpantun juga

Ikan Tenggiri Ikan Bawal,
Enak dimakan si Ikan Keli,
Kak Mialiana dah menjual,
Sekarang tiba masa pula aku membeli..


*************

Mia Liana Jual :
 
Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Aku Beli:

Indah Bahasa Budaya Kita,
Malaysia terkenal di luar negeri,
PaPa Blogger nama di alam maya,
 Nama manja abg. Azmi..

Mia Liana Jual :

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga
 
Aku Beli:
 
Aku peminat Shila Hamzah
Kini ku tahu dia tu anak N.D. Lala
Nama anak aku Nur Amirah Ramizah,
Bila ada anak, kompom kompom la dah berkeluarga..
 
Mia Liana Jual:
 
Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja
 
Aku Beli :
Matahari terbit di sebelah barat, 
Rakam keindahannya guna kamera,
Kerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Sebelum ada keluarga, kenalah cari kerja

Mia Liana Jual :

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana
 
Aku Beli :
Dosa besar kalau main santau,
Bila santau, kompom cedera parah
Dari kecil hidup merantau,
Tinggal di Putrajaya, asal dari Sabah



Alhamdulillah... Puas aku perah otak untuk berpantun.. Hehehe

Related Post

  • Pelik Tapi Benar Pelik Tapi Benar| Aku baru tahu gambar sudu garpu macam ni... Hahaha Mana satu gambar sudu, mana satu gambar gar…
  • Skim MyHome | Skim Perumahan Mampu MilikSkim MyHome | Skim Perumahan Mampu Milik| Alhamdulillah.. Skim MyHome, Skim Perumahan Mampu Milik adalah salah satu…
  • Amirah In The Office Harini pengasuh nak ke check up untuk ibu mengandung... Alhamdulillah.. Pengasuh Amirah ni tak lama lagi nak bersalin..…
  • Parti Liar Atau Parti SeksParti Liar Atau Parti Seks| Semakin menjadi jadi masyarakat Malaysia sekarang ni... Baru baru ni aku ternampak satu post…
  • JDT VS Pahang | Main Kotor BetulJDT VS Pahang | Main Kotor Betul | Minta maaf kepada pemain ataupon penyokong JDT yang bukan dari kalangan mereka yang s…
4 Komen untuk "Segmen Mialiana.com- Mari Berpantun"


sory out of topik..
tugasan baru dr en awie.. jom buat hahaha.. kita dah ketinggalan nii erk allalala

Terima kasih daun sadri
Sudi membeli pantun ini
Tersenarai sudah link entri
Dalam entri segmen ini

SELAMAT BERPANTUN AKAK .. BESH JE PANTUN .. DRI SEGMEN YG SAME N TRUS FOLLOW SINI

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info