Ngeri! Apabila Ibu Tunggal Disembelih Oleh Penyamun

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Ngeri! Apabila Ibu Tunggal Disembelih Oleh Penyamun

Semakin hari, semakin menjadi-jadi pula apabila banyak kes rompakan berlaku di seluruh negara. Kejadian ini perlu diambil peduli dan melihat adakah Malaysia kini negara yang tidak selamat untuk diduduki? Satu kejadian yang baru berlaku di mana tindakan kejam penyamun tergamak menyembelih leher seorang ibu tunggal menyebabkannya nyaris maut ketika tinggal bersendirian di rumahnya di Jalan Bukit, Teroi, Gurun, awal pagi semalam.



Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu berkata, mereka menerima laporan kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 pagi setelah mangsa dikatakan meminta pertolongan daripada jiran untuk membawanya ke hospital.

Menurutnya, semasa kejadian, mangsa Jamaliah Ali, 55, tinggal seorang diri di rumah berkenaan setelah adiknya yang tinggal bersama keluar menghantar anak ke sekolah sebelum ke tempat kerja.
“Jiran mangsa hanya menyedari kejadian berlaku setelah mangsa yang cedera parah itu datang ke rumahnya untuk meminta pertolongan supaya segera dihantar ke hospital.
“Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, leher dikelar seperti disembelih hampir lapan sentimeter menggunakan senjata tajam dipercayai parang dikejarkan ke Hospital Yan sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, di sini, semalam.

Ismail berkata, hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan rumah mangsa digeledah dan mangsa berkemungkinan disembelih di ruang tamu bersebelahan bilik mangsa berdasarkan kesan darah di lantai.

“Bagaimanapun tidak ada barangan mangsa yang hilang serta senjata digunakan turut tidak ditemui.
“Mengikut maklumat yang diperoleh jiran, mangsa berkemungkinan mengenali suspek kerana sewaktu meminta tolong mangsa seperti menyebut nama seseorang namun tidak jelas kerana kecederaannya serius,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.
“Kita juga ingin meminta kerjasama daripada jiran mangsa atau orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil memberi maklumat kepada polis untuk membantu siasatan,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail berkata, mangsa yang masih belum sedarkan diri dilaporkan stabil serta masih menerima rawatan lanjut di hospital.

Sumber
5 Komen untuk "Ngeri! Apabila Ibu Tunggal Disembelih Oleh Penyamun"

AStaghfirullahalazim. rasa macam dah tak selamat nak tgl kat malaysia ni.. kena berwaspada setiap masa.

tunggu kholafah ja....teruk sgt da skrg nih

Tu lah pasal.. Tapi kalau dah takdir jadi macam tu, kat mana mana negara kita duduk pon takdir dah tertulis dah... betul tak

Berdoa la untuk kesejahteraan kita semua

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info