Ahaha.. aku tak tahu la cerita ni, samada cerita kelakar atau pon seram.. Seram pon ade juga sebenarnya,kelakarnye sebab nama hantu tu member aku yang gelarkan.. Sebab hantu tu sakat dia kat tandas... hahaha
Macam ni ceritanya, member aku ni seorang pengawal keselamatan kat tempat aku sekolah dulu... Pada satu malam tu, dia keje shift malam masa tu.. yang jaga kawasan tu ade 2 orang je.. yelah, sekolah tak lah besar mana. Cuma ade 2 blok bangunan je pon..
Tengah malam tu, giliran dia yang berjaga sebab member sorang lagi gilirian untuk tido.. Kebetulan masa dia tengah meronda kawasan tu, dia pon rasa perutnya macam memulas menandakan masa untuk 'melabur saham'..
Dia pon terfikir, kalau nak ke tandas lelaki, jauh pula.. Tandas perempuan lak, cuma 10 langkah ke depan... Maybe kalau aku di situasinya, aku pon bertindak untuk masuk tandas perempuan... hahaha dekat la kan.
Tengah sedap 'melabur',, tiba tiba, tandas sebelah tu macam ade orang 'flush' walaupon tiada bunyi tapak kaki orang yang datang... Pada awalnya, dia buat tak tahu je sambil cakap macam ni...
"Aku tak pernah kacau 'kau', kau jangan lah kacau aku pulak"...
Tiba tiba tandas sebelah kiri pulak yang di 'flush'...
"Aku dah cakap, aku tak suka di kacau... Aku berak pon tak senang la".. katanya macam nak marah...
Benda tu pon takde lah nak kacau lagi dah.. dia pon lega, tapi kejap je... Benda tu main air paip pulak.. Kali ni dia betul betul marah...
"Eh!! 'Kau' ni kenapa haaa?? Aku nak berak la".. Maybe orang kerja pengawal ni memang berani kot.. Ataupon sebenarnya dia just nak hilangkan takut je..
Tiba tiba dari atas pintu tu, macam orang yang mengintai tu tunjuk kan diri,
"aku tahu kau nak berak, tapi ini kawasan aku... Hormat sikit tempat aku.. ko merokok kenapa"... kata bemda tu. Keadaan muka nya sangat buruk sangat dia cakap...
Bagi korang, bila benda tu dah jadi depan mata, apa yang korang buat?? Member aku tu lari tak sempat nak pakai seluar.. Basuh pon tak sempat. hahaha dia lari kejutkan member dia dan terus bali rumah..
Lepas kejadian tu, dia tak nak dah jadi pengawal keselamatan.. Sekarang ni dia dah jadi cashier KFC kat KK... hehehe
Kisah Benar : Hantu Tandas??
Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi
Related Post
Aku Seorang O.K.U... Hai semua!!!.. Rasa lama tak update blog.. Hakhakhak.. Baru 3 hari je pon tak tengok blog aku ni... Rasa rindu je.. Heh…
Sandakan Syurga Telur PenyuLama giler nak pikir idea cerita masa sukan di Sandakan tu... Sebenarnya takde idea langsung sebab aku pegi sandakan han…
Tips Untuk Ibu Bapa | Apa Yang Perlu Dilakukan Bila Anak DemamTips Untuk Ibu Bapa | Apa Yang Perlu Dilakukan Bila Anak Demam| Aku teringat masa Amirah demam dulu... Macam macam …
Cerpen Dan Video Lucah | Semakin Berleluasa Di Internet Cerpen Dan Video Lucah | Semakin Berleluasa Di Internet | Semalam niat nak blogwalking agak terbantut bila masuk dalam …
Bersukan Sambil Melancong Di Sandakan17 September aritu jabatan aku menganjurkan kejohanan sukan Sabah... Atlet la katakan... HahahhaSukan kali ni berlangsun…
Entri Masih Panas
-
Resepi Landak Laut | Makanan Terkenal Di Sabah| Pernah dengar tak orang makan Landak Laut ??? Mesti ada yang tertanya tanya sama ada landa...
-
[Video] David Teo Ditampar Depan Perdana Menteri Video yang berdurasi 2.53 saat memaparkan situasi dimana David Teo yang sedang berdisku...
-
Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel.. Si isteri bertanya.....
-
Tau tak game ni?? Kalau aku tak silap nama game ni UNO kot... Wife aku cakap game ni mencabar minda tapi cabaran tu aku tak rasa lak.. ...
-
Mesti korang nak tahu macam mana aku berkenalan dengan wife aku kan... Ini kisahnya..... ******************* Masa tu aku masuk hu...
Blog Archive
Labels
Cerita Keluarga
(94)
Amirah
(43)
Agama
(41)
jalan jalan cari makan
(40)
Kisah Benar
(38)
Isu Semasa
(37)
Kopi Pes
(35)
Parenting Blogger
(35)
Blogger
(30)
makanan
(28)
Masakan
(17)
Petikan Akhbar
(14)
game
(14)
Khas Untuk Perempuan
(13)
Makan makan
(9)
Segmen
(8)
review
(8)
Doa Ibu ayah
(6)
Clash of clans
(3)
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
2 Komen untuk "Kisah Benar : Hantu Tandas??"
ouch... gitu... hmmmm...
macam2 kan...
kehidupan ini pelbagai pkara boleh berlaku.
huhuhuhu risau cmpur bimbang betul neh. sebb tuh nk p tndas jer nak berteman huhuuhu