Orang ramai melihat keadaan peragut yang berjaya ditahan.
BEDONG – Niat seorang lelaki membantu mangsa ragut bertukar tragedi apabila dia maut selepas dua hari dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani kerana kecederaan parah di kepala akibat hentakan kuat.
Mangsa, Mohd Majdi Abd Hamid, 33, sempat menarik beg tangan yang berada dalam genggaman suspek dan berlaku pergelutan sebelum terjatuh.
Akibat hentakan kuat, Mohd Majdi mengalami kecederaan parah di kepala dan tidak sedarkan diri manakala seorang suspek berjaya ditahan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian sementara seorang lagi rakannya melarikan diri.
Selebihnya, korang kena baca kat Sinar Harian...
Aku terkesima sejenak... Suspek adalah seorang tentera.. Yang peliknya, orang yang bekerja dan ada pendapatan sendiri yang meragut... Tak kan disebabkan keberhutangan yang melampau hingga menyebabkan suspek meragut... Tu yang menjadi tanda tanya kepada aku..
Malas nak cakap lebih lebih... Kita sedekahkan Al Fatihah kepada mangsa yang telah diragut nyawanya selepas menyelamatkan orang yang kena ragut... Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yang baik dan soleh...


2 Komen untuk "Isteri Dunia Akhirat"
arwah ni, adik kepada ketua jabtan saya... Al-fatihah...
iyeke?? al fatihah..