Denda Bila Melayari Internet Tanpa Henti

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Denda Bila Melayari Internet Tanpa Henti

Seorang bapa, Lu Tan menyeret seorang anak lelakinya keluar dari sebuah kafe internet di Hechi, China selepas membogelkannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dia menyerbu kafe internet itu sebelum menyeret anaknya di hadapan rakan-rakannya kerana berang anaknya enggan mematuhi nasihat yang diberikannya. Sebelum itu, Tan dikatakan telah bertindak membuang komputer di rumahnya kerana anaknya menghabiskan masa sepanjang hari dengan bermain komputer.

Seorang saksi berkata: “Dia (Tan) memukul budak itu yang menangis meminta belas kasihan. Namun, bapa budak itu mahu memberitahu semua orang bahawa anaknya tidak mendengar nasihat dan menyeretnya ke rumah setelah membogelkan dia dengan kedua-dua tangannya diikat.”

Dia menyatakan beberapa anggota polis tidak bertindak campur tangan walaupun selepas mereka dihubungi untuk membantu budak tersebut.
Saksi itu menjelaskan bahawa budak berkenaan didakwa mencuri wang untuk digunakan bagi melayari internet.



Tan berkata, dia bertindak memukulnya kerana tidak mahu kehidupan dia dirosakkan oleh internet. Menurutnya, ibu budak itu meninggal dunia semasa dia berumur sembilan bulan.

 


 Tapi kalau sampai macam ni sekali dendanya, memang teruk lah kan.. Sebenarnya internet sangat penting dalam kehidupan kita.. Bagi aku, sehari takde internet, aku rasa mati kutu.. Tak tahu nak buat ape.. hahaha

Sumber

Related Post

  • Pelik Betul Kat KL Ni...Korang rasa pelik tak bila musim tengkujuh rumah boleh rentung??? Lepas tu bile musim kemarau kawasan rumah boleh banjir…
  • Minum Petang Sensorang... Ni minum petang ke melantak ni??? hahahaha bagi aku ni kire minum petang juga sebab perut da bkeroncong sangat... …
  • Hari Ketiga Tanpa Amirah Rindu betul ngan Puteri aku ni... sampai termimpi malam tadi yang dia menangis kat ruang tamu.. aku pon bergegas nak …
  • Bayi Terselamat Dalam Kemalangan Rasanya ni berita kedua yang aku baca mengenai bayi yang terselamat dalam nahas kemalangan... Sebelum ni aku pernah b…
  • First Time Naik Motor Dengan Dia Entry kali ni aku nak citer pasal kali pertama aku naik motor dengan wife aku... hehehehe padahal kitorang da kawen …
2 Komen untuk "Denda Bila Melayari Internet Tanpa Henti"

ala kesian nya.. emm papa bloger nanti kalau anak papa sendiri main blog lak macam mana ,, hihiih

hehehe... dalam Islam ada cara nak mendidik anak.. Tapi bukan dengan cara macam ni kan.. Anak kita pon ade maruah.. Kang dia balas kita macam ni bila dah tua, nak salah kan sape?? hehehe

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info