Kadang kadang aku tengok, ada sesetengah orang akan tertarik dengan lelaki dengan kekayaan dan material yang dimiliki oleh orang tu.. Tapi kali ni bukan manusia yang akan tertarik dengan pasangan yang kaya, malahan binatang pon begitu sebenarnya.. Hehehe
Tak percaya??? tengok ni..
Bowerbird atau burung Namdur jantan, seperti juga haiwan jantan dari
spesies lain, mencari perhatian bakal pasangan betinanya dengan
mempamerkan kekayaan.
Sebagai contoh, ia boleh mengumpulkan sampai 5 ribu buah batur, tulang,
kerang sehingga berbagai benda buatan manusia untuk membuat sarang di
mana ia akan menunggu burung betina yang tertarik. Dan Namdur jantan
juga merasa sombong dengan apa yang ia miliki.
Selain itu, Namdur jantan juga harus pandai merayu dengan beraksi di
depan burung betina dengan menyanyi dan mempamerkan kebolehan lainnya.
Namdur betina kemudian akan memilih burung jantan yang paling “kaya”
yang memiliki sarang paling bagus serta menarik dan yang berbakatlah
yang berhak 'mengahwininya'.
John Endler, ekologi dari Deakin University, Australia melaporkan,
burung Namdur jantan juga menggunakan perhiasan-perhiasan yang mereka
kumpulkan untuk membuat ilusi optik.
Seperti dikutip dari Discovermagazine, 25 Disember 2010, burung Namdur
jantan akan mengatur pernak-pernik mereka dari ukuran yang terbesar
hingga terkecil. Mereka menyusunnya sedemikian rupa hingga membentuk
jalan yang menuju ke sarang mereka.
Penyusunan pernak-pernik itu membuat sarang mereka seolah-olah terlihat
lebih kecil, sedangkan burung jantan nampak gagah bagi burung betina
yang melihat ke arah sarang itu.
“Menggunakan taktik ini, yang disebut dengan forced perspective, burung
jantan dapat merayu burung betina yang melintas dengan posture tubuh
mereka yang seolah-olah tinggi dan besar,” kata Endler.
Binatang Pun Sama Juga
Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi
Entri Masih Panas
-
Ini rakaman yang sempat aku ambil malam tadi masa buat perjumpaan antara keluarga owner tu... Korang tengok berapa ramai yang datang.... ...
-
Disini aku nak mengumumkan bahawa blog aku akan bercuti... Tak tahu sampai bila... Komputer kat rumah dengan yang kat opis rosak diserang vi...
-
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ketiga | Nota Buat Kekasih Hatiku | Pada 27.05.2011 pukul 4.30 petang, aku telah bergelar suami kepada ...
-
Laksa Johor By Kak Zana... Dah lama dah kitorang nak santai ngan geng geng blogger Kelab Blogger Ben Ashaari cawangan Borneo, tap...
-
Hemmm.. Betapa kuatnya semangat dia nak pegi haji dengan berjalan kaki pulak tu... Aku memang tabik spring kat dia la... Kalau kita n...
Blog Archive
Labels
Cerita Keluarga
(94)
Amirah
(43)
Agama
(41)
jalan jalan cari makan
(40)
Kisah Benar
(38)
Isu Semasa
(37)
Kopi Pes
(35)
Parenting Blogger
(35)
Blogger
(30)
makanan
(28)
Masakan
(17)
Petikan Akhbar
(14)
game
(14)
Khas Untuk Perempuan
(13)
Makan makan
(9)
Segmen
(8)
review
(8)
Doa Ibu ayah
(6)
Clash of clans
(3)
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info







2 Komen untuk "Binatang Pun Sama Juga"
Wah!!! memilih gak burung betina tu yek!!
Materialistik!!
info yg menarik. dapat dari mana?