Bayi Dipam Ke Dalam Lubang Tandas Kritikal

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Bayi Dipam Ke Dalam Lubang Tandas Kritikal

EIJING – Seorang wanita tidak sengaja telah mengepam bayi yang baru dilahirkan ke dalam lubang tandas, menyebabkan bayi tersebut kini dalam keadaan kritikal dan bertarung nyawa di hospital.
Bayi itu berjaya dikeluarkan selepas pihak berkuasa mengambil masa selama 15 minit untuk mencari kedudukannya.
 Dalam artikel ni menyebut, ibu mangsa yang telah melahirkan baby dalam tandas, tidak sengaja 'terpam' babynya sampai masuk dalam lubang tandas...
Selepas berjaya dikesan, mereka terpaksa memecah saluran paip di bangunan itu dalam usaha mengeluarkan bayi tersebut.
Dia bernasib baik kerana saluran lubang tandas itu agak besar dan membolehkannya melalui lubang itu bersama air yang dipam.
Drama menggemparkan itu berlaku di bandar Zhaoyang pada Sabtu lepas. Wanita tersebut ketika itu dalam perjalanan hendak ke hospital untuk bersalin ketika singgah menggunakan tandas jenis cangkung itu.
Ketika kejadian, wanita itu memasuki tandas dan meminta suaminya menunggu di luar.
Kejadian sama pernah berlaku kepada seorang ibu muda berusia 19 tahun di wilayah Jiang Su pada 2006.Namun bayi berkenaan berjaya diselamatkan dan dia pulih sepenuhnya.

Aku jadi pelik sebenarnya.. Tak kan dia tak perasan yang dia terberanak.. Sampai dia terpam anaknya dalam lubang tandas.. Hemm.. Tapi maybe betul juga kan.. Sebab aku dengar orang yang bersalin ni masa nak beranak tu sakit perut macam nak buang air besar...

Aku tak salahkan mak budak ni 100 % sebab ade juga kejadian ni berlaku di negara kita.. Ya.. Aku pernah mendengarnya terjadi yang kononnya pompuan tu ke tandas sebab nak buang air besar, sekali tengok... Bukan najis yang keluar tapi baby.. hehehe

Jangan ingat semua kes macam ni adalah anak luar nikah pulak ye... Jangan salah faham..

Related Post

  • Anak Dr. Rozmey Ke??? Ini Amirah, anak aku erk... Bukan anak Dr. Rozmey.. Hahahaha... Kejam kan wife aku.. Boleh lak dia cakap Amirah ni ma…
  • Perempuan Seksi Juga Jadi TarikanNak tahu sebab ape perempuan yang berdiri di sebelah kereta dalam pameran kereta tak?? Sebabnya adalah kerana perempuan …
  • Israel Pencabul BANDAR GAZA – Seorang penduduk Palestin ditembak mati oleh anggota tentera Israel di sempadan Gaza semalam,…
  • Kesian Pakcik Ni Kesian giler aku tengok pakcik ni kerja... Bahaya wooo tugas dia ni... Dia bekerja sebagai seorang pen'service' airc…
  • Budak Kudung Tangan Ya Allah.. terkejut aku baca Metro Online hari ni... Seorang budak kecik kudung tangan kiri sebab termasuk…
0 Komentar untuk "Bayi Dipam Ke Dalam Lubang Tandas Kritikal"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info