Mak, Aku TakMampu Menjaga Mu

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Mak, Aku TakMampu Menjaga Mu

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menulis entry ni... Sesungguhnya aku tak mampu menanggung rindu terhadap ibuku di perantauan...

Pagi tadi aku didatangi seorang lelaki yang segak.. Dan yang pastinya, orang yang datang ke pejabat aku adalah dari kalangan yang miskin dan susah.. Dia menghulurkan borang permohonan kepadaku...

Pertama sekali aku nak tengok adalah SLIP GAJI... Aku tak pelik la kan kalau gaji mencecah 5 angka dengan pakaian macam ni... Dia cakap, dia nak mohon bantuan untuk mak dia atas sebab tak mampu nak beli Diapers dan gaji orang yang menjaga mak lelaki tu...

Dalam hati aku, gaji macam ni tak mampu??? Lelaki tu yang bergaji besar kata tak mampu nak jaga sorang emak??? Aku tanya gaji isterinya yang bekerja sebagai guru, gaji pon mencecah 5 angka... Bila aku campur gaji diorang berdua, boleh mencecah RM 35K... Macam ni kata tak mampu...

Aku tanya untuk kepastian, tang mana yang dia tak mampu tu... kot kot la anak ramai kan.. rupenye tak de anak lagi.. Emak sorang tak leh nak tanggung ke??

Pada asalnya, terdetik dalam hati, betapa seronoknya kalau aku pon bergaji besar macam dia.. Tapi rupenya, bila bergaji besar ni, tak leh tanggung emak sorang... Aku bersyukur kepada Allah, walaupon gaji kecil, aku masih tak lupa kat mak bapak aku di kampung.,.

Aku takut kalau aku betgaji besar, aku tak dapat tanggung mak bapak aku... Aku pandang geram kat lelaki tu... Sakit hati pon ade... rasa nak smackdown je dia tadi... huhuhu

Masa menyambut hari raya yang bakal menjelang tak lama lagi,minta ampun lah dwngan ibu korang... Selagi depa ada weh... Bila takde nanti, jangan menyesal pula
4 Komen untuk "Mak, Aku TakMampu Menjaga Mu"

syukur masih ada emak ayah..
jaga mereka sebaik mgkin.

deno terlalu sayangkan ma abah... deno kdg2 rasa deno susahkan ma abah sbb sakit deno tu... hanya tuhan tahu betapa deno sayang kat ma abah.. kdg2 deno fikir, biarlah tuahn amik nyawa deno dulu sebelum ma abah...

en.ameng keja apa ek?
sejujurnya, saya agak tak faham dgn penerangan ni..
borang permohonan apa yg dia hulurkan?
mungkin juga sy ada ketinggalan entri sblm ni?=p

Ermmmm rindu lakk kat mak & abah. hargai mereka selagi mereka ada..

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info