Ok.. Cerita ni adalah sambungan daripada cerita aku sebelum ini. Cerita ini adalah untuk berkongsi pengalaman kepada yang bakal menerima baby dan kepada sesiapa yang seangkatan dengannya... Sesiapa yang belum membaca dan tidak mengikuti cerita sebelum ni boleh la klik Part 1 , Part 2 dan Part 3
................................
Bila aku masuk dalam labour room tu, aku dah tengok wife aku tengah terbaring atas katil... Aku tengok banyak pula wayar dan tiub yang berselirat seluruh tubuh wife aku... Jangankan dia, aku sendiri masuk dalam bilik tu pon dah berdebar.. Aku yang takut lebih.. Hahahaha
Aku pandang langsir dalam bilik tu.. Terdetik dalam hati,
''Ya Allah, diorang buat ape dengan pesakit yang sebelum ni sampai banyak percikan darah yang melekat kat langsir tu... ''
Wife aku hanya tersenyum melihat aku kat dalam tu.. Kesian aku tengok. Tiba tiba wife aku mengadu sakit. Dia kata sakit sangat macam nak terberanak.. Nasib baik ada nurse praktikal yang tunggu dalam tu. Nurse tu memang tak berhenti perhatikan wife aku.. Sambil tu dia periksa degupan jantung baby samada elok atau pon tak..
Nurse tu kata jantung baby tak elok dan degupannya masih tidak teratur. Kemudian aku diarahkan untuk keluar sebentar bagi doktor tu buat pemeriksaan pembukaan " jalan".. " Jalan " tu sebenarnya adalah untuk laluan baby nak keluar.. Nurse cakap, lambat lagi baby nak keluar sebab bukaan ada 4 cm..
Nurse praktikal selalu keluar masuk untuk tukar shift. Yang datang tu pon, heemmmmm boleh tahan juga... hahaha tapi, wife tetap dihati sebab tengah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat kita... Jam aku tengok dah pukul 12.00 tengahari. Maknanya dah 5 jam wife aku terbaring kat katil tu..
Aku terdengar tangisan budak dari bilik sebelah menandakan yang orang tu dah selamat melahirkan baby. Aku sabar menanti dan sesekali tu aku selalu ingatkan wife aku untuk selalu berzikir dan bersabar.. Selain tu, aku selalu juga ingatkan, urat perempuan yang terputus walaupon hanya satu, ganjarannya umpama mendapat Haji Mabrur... Dalam hati pula sentiasa berdoa supaya dia diselamatkan...
Korang kena ingat erk... Jangan lupa minta maaf dan ampun dari ibu dan suami.. Insya Allah akan dipermudahkan.
Tepat pukul 1.30 tengahari masa tu, aku terdengar dalam tu tengah kecoh. Semua nurse dan doktor doktor berlari lari.. Aku pula yang panik.. Kalau aku ikut berlari juga, sape nak teman wife aku dalam bilik tu kan.. Kecoh macam bangunan runtuh dah masa tu...
Korang nak tau ape yang jadi, nantikan sambungan seterusnya...
Kronologi Kelahiran Amirah Part 4
Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi
Entri Masih Panas
-
Ini rakaman yang sempat aku ambil malam tadi masa buat perjumpaan antara keluarga owner tu... Korang tengok berapa ramai yang datang.... ...
-
Disini aku nak mengumumkan bahawa blog aku akan bercuti... Tak tahu sampai bila... Komputer kat rumah dengan yang kat opis rosak diserang vi...
-
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ketiga | Nota Buat Kekasih Hatiku | Pada 27.05.2011 pukul 4.30 petang, aku telah bergelar suami kepada ...
-
Laksa Johor By Kak Zana... Dah lama dah kitorang nak santai ngan geng geng blogger Kelab Blogger Ben Ashaari cawangan Borneo, tap...
-
Hemmm.. Betapa kuatnya semangat dia nak pegi haji dengan berjalan kaki pulak tu... Aku memang tabik spring kat dia la... Kalau kita n...
Blog Archive
Labels
Cerita Keluarga
(94)
Amirah
(43)
Agama
(41)
jalan jalan cari makan
(40)
Kisah Benar
(38)
Isu Semasa
(37)
Kopi Pes
(35)
Parenting Blogger
(35)
Blogger
(30)
makanan
(28)
Masakan
(17)
Petikan Akhbar
(14)
game
(14)
Khas Untuk Perempuan
(13)
Makan makan
(9)
Segmen
(8)
review
(8)
Doa Ibu ayah
(6)
Clash of clans
(3)
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info


1 Komentar untuk "Kronologi Kelahiran Amirah Part 4"
tersentuh hati pula bila baca..yela, setiap ppuan yg lahirkan zuriat, ada uratnya yng terputus kn..