Sebenarnya aku tak sangka ade juga yang follow cerita hantu yang aku coretkan dalam blog ni.. Terima kasih kepada korang yang sudi membaca walaupon cerita tu banyak episod... hehehe nak baca?? Klik Sini
Semua yang aku ceritakan ni, adalah cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri dan juga peceritaan dari sumber yang boleh dipercayai..
...........
Kembali kepada tajuk entry kali ni berkaitan Hantu Ade Anak???
Pada asalnya memang tak lojik kan... Tapi korang tahu tak yang hantu atau setan ni boleh beranak?? Aku memang tak pasti lah kan, tak pernah pula masuk dalam alam ghaib ni...
Kisah ni berlaku kat KL, di salah satu institusi bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menempatkan mangsa yang telah diselamatkan daripada di perdagangkan... Institusi ni adalah sebuah rumah yang telah digunakan oleh kerajaan untuk menempatkan orang orang tu.. Budak budak dalam tu kebanyakannya adalah dari negara Thailand... Lawa?? Boleh la tahan, tapi budak belasan tahun kot... hahaha
Pad suatu hari tu, aku dipanggil oleh bos aku untuk pegi ke tempat tu untuk baca yasin... Pada mulanya, memang aku ingat untuk baca yasin je, rupenye menghalau sekali jin setan kat dalam rumah tu... Pergghhhh...Aku bukan main takut lagi..... siut la ajak aku benda benda macam ni...
Kitorang gerak dari pejabat dalam pukul 6.30 kot masa tu untuk pegi ke tempat tu... Tempat dia memang scary siut... Kawasannya memang tengah tengah hutan... Seram aku tngok tempat tu... Sebelum masuk simpang nak ke tempat tu, ade satu kuil kat aats bukit.. Kawasan tu memang banyak rumah tapi kebanyakannya tlah ditinggalkan... Maybe dari zaman British kot sebab kawasan rumah tu design nye memang macam omputih sikit...
Bila aku masuk tempat tu, dah memang meremang dah bulu roma aku... Bulu roma adalah penunjuk yang baik bila kita berdekatan dengan makhluk halus... Kitorang pegi ketempat tu dalam 6 orang... Dan ade beberapa member dalam kalangan kitorang tu memang boleh 'kasyaf'... Kasyaf tu dalam erti kata lain hijab dah terbuka untuk tengok makhlus halus..
Untuk mencapai tahap tu, memerlukan ilmu yang mendalam dalam bab agama... That Why la aku tak dapat kelebihan ni... hehehe lagipon aku takut kalau hijab trbuka.. takut tak boleh nak tutup semula hijab tu..
Sahabat aku, Mus, bukan nama sebenar, ajak aku untuk memantau keadaan sekeliling dengan seorang lagi member aku, Pali.. Bila dah sampai belakang, Mus cakap kat ak untuk berenti kat belakang tu.. Dan aku ditinggalkan sebentar bagi merasakan kalau betul makhluk tu ade kat belakang..
Dalam hati aku bekata, kepala hotak ko tinggalkan aku sensorang kat sini... Kang nanti benda tu muncul,aku nak lari mana...Tiba tiba aku rasa sesuatu yang tak kena.. seakan akan ade yang pandang aku dari tepi.. Bila aku paling.....
Next time aku sambung semula erk... mata tak larat sangat, masih demam.. bye
Hantu Ade Anak???
Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi
Entri Masih Panas
-
Ini rakaman yang sempat aku ambil malam tadi masa buat perjumpaan antara keluarga owner tu... Korang tengok berapa ramai yang datang.... ...
-
Disini aku nak mengumumkan bahawa blog aku akan bercuti... Tak tahu sampai bila... Komputer kat rumah dengan yang kat opis rosak diserang vi...
-
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ketiga | Nota Buat Kekasih Hatiku | Pada 27.05.2011 pukul 4.30 petang, aku telah bergelar suami kepada ...
-
Laksa Johor By Kak Zana... Dah lama dah kitorang nak santai ngan geng geng blogger Kelab Blogger Ben Ashaari cawangan Borneo, tap...
-
Hemmm.. Betapa kuatnya semangat dia nak pegi haji dengan berjalan kaki pulak tu... Aku memang tabik spring kat dia la... Kalau kita n...
Blog Archive
Labels
Cerita Keluarga
(94)
Amirah
(43)
Agama
(41)
jalan jalan cari makan
(40)
Kisah Benar
(38)
Isu Semasa
(37)
Kopi Pes
(35)
Parenting Blogger
(35)
Blogger
(30)
makanan
(28)
Masakan
(17)
Petikan Akhbar
(14)
game
(14)
Khas Untuk Perempuan
(13)
Makan makan
(9)
Segmen
(8)
review
(8)
Doa Ibu ayah
(6)
Clash of clans
(3)
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info


3 Komen untuk "Hantu Ade Anak???"
dah start dah.. hahaha. nak tido jap g memang selubung la gamaknya..aiisshhh
Bulan pose ni hantu tarak.. Hehe jgn tkut
eee... potong stim btol la... baru nk suspen... trus down..huhu... bila nk sambung ni?