Tips Menjimatkan Petrol Kereta Anda

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Tips Menjimatkan Petrol Kereta Anda

Ok.. Kalau sebut pasal minyak, ramai yang tahu minyak sekarang semakin mahal.. Kalau isi Rm50, berapa hari je boleh tahan untuk pegi balik dari rumah ke pejabat kan.. Aku nak kongsikan sikit petua ayah aku untuk menjimatkan minyak..

Aku tak tahu lah kan kalau betul atau tidak tapi sepanjang aku ikut tips ayah aku ni, memang jimat sikit la.. hehehe dah nama orang tua yang makan garam dulu kan..

Caranya, korang jangan isi minyak waktu tengahari sebab waktu tu memang panas.. Dan semestinya jalan kat stesen minyak tu panas.. tangki minyak stesen minyak kan kat bawah.. So bila tangki minyak tu panas akan menyebabkan angin banyak tau.. Dan kalau korang isi minyak tu, mesti akan keluar angin dulu..

Kalau korang perasan atau tidak, bila korang buka penutup tangki minyak kereta korang tu mesti keluar angin kan.. Kalau korang nak minyak banyak dari angin, isi lah minyak waktu malam.. Sebab aku memang tak isi minyak waktu tengahari.. rugi woo.. Tapi kalau kereta korang mati tengah highway waktu tengahari, isi je la erk.. jangan pula korang tunggu sampai malam dalam kereta tu.. hehehe

Tapi tips aku tau, memang berguna untuk aku.. Kalau korang ada pendapatan lain, silakan lah kongsi bersama sama.. Kalau suruh beli barang untuk penjimatan, aku tetap tolak tepi.. hehehe
0 Komentar untuk "Tips Menjimatkan Petrol Kereta Anda"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info