Korang mesti pernah dengar kan ayat ni siapa yang selalu cakap dan di mana??? Aku tak tahu la kalau kalau korang ni selalu tengok cerita P Ramlee macam aku ni... hehehe
Hari tu aku paksa wife tengok citer p ramlee, Seniman Bujang Lapok... Ade satu babak tu yang Ahmad Nisfu jadi director.. Dan dia pon cakap macam tu kan.. So wife aku pon cakap kat aku, kasarnye bahasa dia... macam mana kalau budak budak yang dengar???
Aku pon terfikir juga kan tapi sebenarnya ade mesej yang tersendiri... Korang setuju tak aku cakap ni??? Maksudnya, dah tau diri tu dah memang memberi kebaikan kepada orang lain, jangan la nak memberikan lagi kesusahan kepada orang tu...
Jika dibandingkan dengan drama atau filem zaman sekarang ni, mana satu yang korang nak bagi anak anak tengok?? Citer yang ade mesej tersirat ataupon cerita yang selalu sangat tunjuk aksi berpeluk la walaupon bukan muhrim, citer tembak menembak, citer bunuh membunuh, dan citer yang paling aku taj suka aksi di atas katil...
Walaupon dalam cerita tu dia takde tunjuk aksi seks ke ape ke, tapi sebenarnye aksi tu yang lebih memberi impak kepapa kanak kanak... sebab dia membayangkan mak bapak dia dalam bilik... Bile dia budak tu ade adik pompuan, tentu dia nak mencuba apa perasaan orang berpeluk kan.. dah menyebabkan sumbang mahram..
Aku bukan lah nak band citer melayu zaman sekarang ni, tapi aku memandang nasib masa depan anak anak kite nanti yang lebih ekstrim di masa akan datang..
Mungkin yang tak kawen lagi tak nampak benda ni, nanti korang akan rasa juga tambahan lagi ade anak perempuan... huuuuiiii takut aku... bukan senang nak jaga wooo.. Bak kata bapa aku, 100ekor lembu lagi senang jaga berbanding sorang anak perempuan... Sebabnya anak anak la yang membawa imej kite di mata orang ramai.. Selain tu juga, anak anak la saham akhirat nanti... Anak buat dosa kat luar, saham turut sama dapat...
Ape ape pon, anak lelaki ke pompuan ke, kalau kite kawal dan didik dengan agam secukupnya, Insya Allah, Dia tolong kuatkan iman anak anak.. So daripada lepak dengan couple kite kat mana mana, baik la kawen cepat ye.. kesian mak bapak dapat saham.. hehehe salam ukhuwah
Kecik kecik Tak Nak Mampos, Dah Besar Menyusahkan Orang
Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi
Entri Masih Panas
-
Ini rakaman yang sempat aku ambil malam tadi masa buat perjumpaan antara keluarga owner tu... Korang tengok berapa ramai yang datang.... ...
-
Disini aku nak mengumumkan bahawa blog aku akan bercuti... Tak tahu sampai bila... Komputer kat rumah dengan yang kat opis rosak diserang vi...
-
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ketiga | Nota Buat Kekasih Hatiku | Pada 27.05.2011 pukul 4.30 petang, aku telah bergelar suami kepada ...
-
Laksa Johor By Kak Zana... Dah lama dah kitorang nak santai ngan geng geng blogger Kelab Blogger Ben Ashaari cawangan Borneo, tap...
-
Hemmm.. Betapa kuatnya semangat dia nak pegi haji dengan berjalan kaki pulak tu... Aku memang tabik spring kat dia la... Kalau kita n...
Blog Archive
Labels
Cerita Keluarga
(94)
Amirah
(43)
Agama
(41)
jalan jalan cari makan
(40)
Kisah Benar
(38)
Isu Semasa
(37)
Kopi Pes
(35)
Parenting Blogger
(35)
Blogger
(30)
makanan
(28)
Masakan
(17)
Petikan Akhbar
(14)
game
(14)
Khas Untuk Perempuan
(13)
Makan makan
(9)
Segmen
(8)
review
(8)
Doa Ibu ayah
(6)
Clash of clans
(3)
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info


3 Komen untuk "Kecik kecik Tak Nak Mampos, Dah Besar Menyusahkan Orang"
anak ni kita yg mencorakkan mereka.jd naik atau jahat.
p/s:saya heran nape doc nak naikkan kaki kena halau suami?pernah juga sekali hospital tu buat camtu..tp saya takmo.sbb tak selesa bersalin kaki camtu.saya degil doc tu ikut kan je lah..walau dia kata nanti saya..bla bla bla...hahah
Abe stuju dgn Lydia Miza, anak ni kita yg mencorakkan mereka.jd baik atau jahat.
Betul... Tak dinafikan memang kita sbg ibu bapa yang corakkan dia, tapi bila anak anak kenal dunia,sekeliling dia la akan mengajar semua erti kehidupan sebenar sbg manusia... Tu yg kita nampak masa sekarang ni, ibu bapa haji dan hajah, tp semua tu belum meyakinkan anak kta turut akan ikut kita