![]() |
Gambar Hiasan |
Ini adalah kesinambungan cerita sebelum ni... Pada sesiapa yang tak baca dan mengikuti cerita seram ni, boleh la klik kat Part 1 dan Part 2...
............
Aku ingatkan aku boleh ikut untuk tengok ataupon membantu sikit dalam proses pemulihan Suraya.. Namun jurulatih tu tak bagi pelatih yang lain untuk keluar dari kem kerana ianya sangat bahaya. Kalau ada ape ape yang terjadi kepada pelatih, jurulatih lah yang akan dipertanggungjawabkan.
Bila Suraya dah dibawa ke tempat bomoh tu, pelatih perempuan yang masih duduk di dewan makan, tiba tiba jadi heboh. Rupanya ada beberapa orang lain lagi yang kena rasuk, maksudnya Histeria. Budak perempuan tu kena rasuk selepas dia pegi tandas dalam kawasan tempat tinggal mereka..
Kemudian, cikgu Samsudin ( semua jurulatih digelar cikgu dan hampir semua jurulatih adalah bekas tentera dan komando ) berlari menuju ke bilik perempuan tu untuk menenangkan beberapa lagi pelatih perempuan. Bila pelatih tu tadi dah tenang, dia beritahu yang ada satu perempuan dalam tandas tu mempunyai muka separuh cantik dan separuh buruk.
Biasalah kan, bekas tentera ni bukan lah jenis yang takut dengan hantu mahupon setan. Diorang kan dah biasa hidup dalam hutan yang gelap. Dia berlari ke tempat yang dimaksudkan oleh pelatih perempuan tu. Dan terjadi beberapa dialog yang menjelaskan mengapa dan bagaimana makhluk tu boleh datang ke situ dan kacau semua orang dalam kem tu..
Malam tu juga semua pelajar lelaki diarahkan untuk berkumpul di padang kawat. Aku ingat lagi masa jam dah menunjukkan pukul 10.00 pm.. Lagi seram kan. Dan cikgu Samsudin tu minta pelatih yang menyebabkan kejadian ini untuk mengaku sebelum dia heret keluar dari kumpulan kitorang tu..
Shah tiba tiba keluar yang mana aku sendiri dah agak yang semua ni adalah angkara mamat ni.. "Betul atau tidak, kamu yang menyebabkan semua kejadian ini terjadi?"...Semua ini diberitahu oleh seekor makhluk kat tandas beritahu yang kamu telah main Spirit dengan menggunakan duit syiling untuk memanggil dia ( makhluk tu )... Kamu mengaku atau tidak???
Dia mengangguk tanda mengiyakan bahawa apa yang cikgu Samsudin tu cakap adalah memang benar. Dan dia menceritakan ape sebenar yang terjadi kepada kami semua.
Ceritanya next episod ok... hehehehe Selamat Berhayal dan Selamat Membaca
7 Komen untuk "Game Spirit, Jangan Berani Nak Main Part 3"
tensionnn..... x sabar nk tau kesimpulan...
sabar ye... penat woo nak taip.. nk mikir ayat cantik lagi.. tapi jalan cerita sama.. jgn risau
aissehhhh...semangat dah baca..wuwuu..hahha
sabar ye.. cerita ni dah nak habis
erk.... main2 pun boleh jadik kan..
hehe jgn cube ye.. Nti jatuh syirik.. Nauzubillahhh
sy pn pernah wt men2 pggil spirit ni, time tgktn 2, tp y lucu nyer kami wt sendiri gn kertas buku tulis jer, wktu 2 c'gu x in class, so sy ggn 4 rakan sy pn men la gn duit syiling, samer2 ltk jari kt duit syiling tu, y lucu nyer kami pggil roh robert kennedy, tetiba elok lk duit syiling tu bergerak, kami pn bertanyer sesamer sendiri, saper y gerakkan duit syiling tu, masing2 x ngaku, kami pn teruskan jer la, pertanyaan demi pertanyaan kt roh robert tu, tp y lucu kitaorg tanyer gn bhsa melayu, kahkah, nk jdkn citer c'gu dh nk masuk class, so sy btw kengkawan, kiter kna hntr roh robert tu balik ketempat asal nyer, tp maybe kengkawan sy panic terus jer simpan kertas n duit syiling tu takut c'gu nmpk, kehkeh nseb bek xder paper b'laku, bla sy terigt kembali, lucu lew plk, kami jew y perasan kot y roh robert tu dtg,nth2 kami y xsedar y gerakkan duit syiling tu, tp sy mmg x gerakkan pn syiling tu cz sy jz letkkn jari telunjuk sy dgn pelahan kt duit syiling tu, maybe slh sorg y gerakkan, tp masing2 x ngaku...erm cmner robert kennedy tu leh fhm BM lk ea, hikhik