Gelandangan Tegar

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Gelandangan Tegar

Aku terdengar berita TV 3 tadi pasal gelandangan ni... Memang bertepatan betul dengan kerja aku... dan aku juga pernah menangkap orang gelandangan masuk dalam lori untuk hantar pegi Institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat...

Ada sesetengah gelandangan yang tak dapat nak tangkap, mesti datang pegi Anjung Singgah yang dikendalikan oleh Yayasan Kebajikan Masyarakat... Sape yang tiada rumah kat KL, jangan risau, korang boleh tinggal menetap kat Anjung Singgah ni.. Makan minum semua di tanggung dalam masa 2 minggu la sebab tu yang aku difahamkan oleh orang yang menjaga tempat tu...

Tapi persoalannya, berjaya ke matlamat diorang ni untuk mengurangkan gelandangan di Kuala Lumpur??? Aku tengok semakin banyak kitorang tangkap, semakin ramai la pulak yang datang kat KL ni... Masa aku bertugas di Anjung Singgah haritu, aku jumpa sorang brader ni... nama dirahsiakan ( sebab aku tak ingat pula nama dia ) dia tinggal kat Anjung Singgah tu da lama sebab beg duit ngan barang - barang dia semua kene sebat dengan orang masa dia tunggu bas kat Pudu... 

Tapi bukan citer dia yang aku nak cerita kat sini.. tapi pengalaman dia kendalikan orang gelandangan masa dia kerja kat sini dulu.. aku suka dengan pengalaman yang dia kongsi... 

Dulu dia pernah sewa 1 rumah kedai entah kat mana dia cakap aritu, aku pon tak ingat... Lantak la... dia kumpul berapa orang gelandangan untuk tinggal dalam tu yang dia letak  dengan kipas, katil dan macam macam lagi la kelengkapan yang ada... tapi selang seminggu je, semua orang dalam tu nak keluar...

Then dia pon tanya la ape kekurangan dalam rumah tu, panas ke tak selesa ke, dia boleh tambah supaya bagi selesa lagi... tapi korang nak tau apa jawapan semua orang kat situ???

Orang gelandangan tu tak selesa tinggal dalam tu sebab tiap tiap malam tak dengar bunyi kereta, bunyi air mengalir macam bawah jambatan tu, bau busuk tak ade...

Aku terkedu, betul ke ape yang dia cerita ni... susah betul aku nak percaya.. sebabnye setahu aku, tak de orang yang tak nak hidup selesa kan... 

Tapi rupanya memang ada orang yang tak selesa tinggal tempat yang sangat selesa... hehehe sebabnye, tiap kali kitorang tangkap, 3 bulan kemudian, orang yang sama juga kitorang tangkap balik... 

So, sebenarnya orang gelandangan ni ada yang suka macam tu dan ada yang nak berubah... apa apa pon, sama sama la jaga negara kite sendiri, takut jadi macam tu bila negara dah tak aman nanti.. nauzubillah....

6 Komen untuk "Gelandangan Tegar"

pnh duduk kat melaka 3 thn, tapi sungguh tak pernah nampak org2 gelandangan ni even pengemis pun tak pernah tengok.. knp kl byk eh?

sebab kl banyak rezeki... tak kire org luar negara mahupun dalam negara... org minta sedekah lagi kaya berbanding orang yang kerja di pejabat... hahha ni reality, sbb pernah tgk transaksi duit kuar masuk dr sorang pengemis ke negara dia... kelakar btul...

dkt area office ni rmi org mcm tuh.memule takut tgk dorg,tp dah lame2 dah biase dah.kdg2 bile tak nmpk org tuh dlm seminggi ke tetibe jd tertanye2 plak huhuhuhuhuhu

klu nampak, buat je aduan kat jabatan kebajikan masyarakat yg bdekatan... jgn jadi pemurah sangat, sbb nti kite galakan pemerdagangan org...

Dari KK jauh ka ke kudat? paling jauh saya sampai di Gunung kinabalu ja.... kundasang.. tidak sampau juga tu ke ranau....

dari KK ke Kudat 2jam lebih je.. banyak tempat yg menarik kat sana... aritu kuar kat tv 1 pasal kudat, pengacara Azharina Azhar.. dia yg berasal dari sana juga..

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info