Taib Mahmud Letak Jawatan | Ada Hati Nak Jadi TYT Pulak

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Taib Mahmud Letak Jawatan | Ada Hati Nak Jadi TYT Pulak

Taib Mahmud Letak Jawatan | Ada Hati Nak Jadi TYT Pulak | Bila tengok berita yang kononnya Taib Mahmud nak letak jawatan, hati aku sangat riang... Yelah kan... Dia dah pegang Sarawak berapa puluh tahun beb... Akhirnya Taib Mahmud terbuka hati nak letak jawatan... 


Sapa tak kenal Taib Mahmud?? Ketua Menteri Sarawak yang mempunyai isteri yang muda dan lawa serta kaya... Comei boh bini dia ni... Hahaha.. Bukan nak bincang pasal bini dia, tapi nak mengatakan yang Taib Mahmud nak jadi TYT... Lagi besar jawatan dari Ketua Menteri... Adoiyai... 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak memberi amaran akan menyusun "gerakan besar" untuk berkempen bagi menghalang Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud daripada dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri (TYT).
Penyelaras SAMM Sarawak Azan Akma berkata, pelantikan Taib sebagai TYT akan mengehadkan kemungkinan tindakan yang bakal diambil ke atasnya berkaitan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
"Sekiranya ia berlaku, segala bentuk perundangan soal salah laku yang dilaporkan terhadap Taib Mahmud akan menjadi lebih sukar dan terbatas.
"Kedudukan TYT Sarawak akan menjadikan Taib lebih kebal, mungkin inilah ideanya," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, SAMM Sarawak akan menghalang sebarang usaha melantik gabenor negeri yang dituduh terlibat dengan rasuah, termasuklah yang "merompak hasil bumi Sarawak berpuluh tahun lamanya".
Pemuda PAS sebelum ini berkata akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung cadangan pelantikan Taib sebagai TYT Sarawak.
Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, mereka memandang serius perkara itu kerana Taib dikaitkan dengan rasuah dan salah guna kuasa selama pemerintahan 33 tahunnya sebagai ketua menteri.

P/S: Dah dah la tu Taib Mahmud woiii..!! Lama sangat dah kau pegang Sarawak tu.. Bagi orang muda pulak yang mentadbir Sarawak... Bagi membangun sikit... Jangan nak kaut untung sendiri, negeri pulak hancur... Huhuhu.. 


1 Komentar untuk "Taib Mahmud Letak Jawatan | Ada Hati Nak Jadi TYT Pulak"

Ingat sesenang tu dia nak lepaskan Sarawak? No way! Selagi boleh kaut, kaut. Selagi boleh tutup, tutup. Dia takkan semudah itu melepaskan jawatan KM melainkan dia dapat jawatan yg lebih bagus dari itu.

Habislah ....

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info