Nabil Perli Luna Maya|Nabil Tak Nak Minta Maaf

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Nabil Perli Luna Maya|Nabil Tak Nak Minta Maaf

Nabil Perli Luna Maya|Nabil Tak Nak Minta Maaf| Ingat lagi tak masa persembahan Nabil dalam rancangan terkenal, Maharaja Lawak Mega 2013 yang lepas??? Dalam persembahan Nabil masa tu, dia mengeluarkan kenyataan kononnya dia Google nama Luna Maya tapi hanya terjumpa gambar... Hemmm.



4 Feb – Pelawak dan pelakon popular, Nabil Ahmad dikecam hebat baru-baru ini berikutan persembahannya pada program "Maharaja Lawak Mega 2013" yang dikatakan telah mengaibkan salah seorang juri tetap rancangan itu, Luna Maya dengan mengaitkan kisah silamnya.

Nabil bagaimanapun telah tampil bagi menjawab dakwaan tersebut dan berkata sepatutnya masyarakat perlu bersikap lebih terbuka kerana dia tidak bercakap sebarang perkara mengaibkan aktres jelita dari Indonesia itu.

"Saya tak tahu dan sangat pelik kenapa peminat nak marah sangat. Sepatutnya mereka bersikap lebih terbuka dan saya tiada cakap sebarang perkara yang mengaibkan Luna Maya. Saya cuma cakap, saya Google nama Luna Maya, saya jumpa gambar.

"Saya bukan nak hina dia sebab saya tahu itu masa silam dia. Saya pun pernah buat benda itu dan saya dah pernah kena dan sudah berubah pun. Tapi bila orang masih bercakap hal itu, saya tidak kisah pun. Jadi kenapa orang Malaysia ini nak kutuk saya semata-mata nak bela orang Indonesia yang mereka tak kenal pun siapa," ujar Nabil kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Sementara itu, Nabil berkata, dia tidak akan membuat permohonan maaf kerana baginya dia tidak melakukan apa-apa kesalahn terhadap Luna Maya.

P/S: Kekadang lawak lawak yang Nabil buat ni adakalanya terlampau... Ade orang kau kutuk, dia tak terasa ape ape.. Tapi macam mana kalau kutuk tu dia simpan dalam hati?? Tak ke berdosa macam tu... Jangan kutuk orang macam tu Nabil... Tak baik... Cuba google 'nabil' berapa banyak gambar yang tak senonoh akan korang jumpa.. Jangan kutuk kalau kau pon tak suci...

Kenapa peminat marah??Hubungan Malaysia dan Indonesia kan tak baik.. Kalau kau kutuk diorang, tak pepasal rakyat kat sana kena Ganyang... Pikir sikit sebelum buat lawak tu... Boleh kan...

1 Komentar untuk "Nabil Perli Luna Maya|Nabil Tak Nak Minta Maaf"

melawak leh menyebabkan iman / jiwa rosak.. apabila iman / jiwa sudah rosak, maka sukar untuk seseorang itu mengenali mana satu kebaikkan dan mana satu kejahatan.

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info