Sukar
untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya
meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam adalah sebahagian daripada
kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.
Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Hubungi doktor anda segera sekiranya bayi anda:

·
berusia di bawah
tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih;
·
berusia di bawah
enam bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih.
Jika bayi anda berusia enam bulan atau lebih, ketinggian suhu badan atau berapa lama demamnya berlangsung tidak selalunya menggambarkan keadaannya yang sebenar. Gerak hati anda biasanya sama tepat dengan termometer dalam menilai situasi anak anda. Namun, menggunakan termometer dapat membantu mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda.
Mengapakah bayi
saya sering demam?
Bayi
anda demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas
mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuk:
·
flu;
·
krup;
·
sakit tekak;
·
masalah pernafasan
seperti pneumonia dan
bronkiolitis;
·
virus yang
mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut.
·
Bagaimana saya
boleh mengesan demam?
Ibu
bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium
dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus).
Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.
Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat.
Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.

Apa yang boleh
saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?
Anda
tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah
mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam:
·
Jika anak anda
demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol
yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan
dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen)
juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di
bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang
berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit
yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
·
Pakaikan bayi anda
baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
·
Pastikan biliknya
sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai
cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
·
Berikan banyak
cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa,
iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika anda
sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup
jernih atau jus buah-buahan telah
yang dicairkan.
·
Cuba mandian berspan.
Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan
badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang
diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat
sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.
Bagaimana saya
boleh tahu demam bayi saya serius?
Kelakuan
bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada
38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda
tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda
perlu risau.
Hubungi pakar pediatrik anda jika:
Hubungi pakar pediatrik anda jika:
·
bayi anda
berkelakuan aneh;
·
tiba-tiba dia
menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti
biasa;
·
dia amat letih dan
tidak menyusu.
Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini.
Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.
Apa maksud
kekejangan febril?
Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi
pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan
diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali
sebagai kekejangan febril.
Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, bawakan anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera.
Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. Bayi anda tidak akan menelan lidahnya.
Hubungi doktor anda apabila serangan sudah reda.

p/s: anak adalah permata hati.. bila anak ditimpa musibah, orang yang paling risau adalah ibu dan bapanya... Semoga anak anak kita menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat..
2 Komen untuk "Tips Untuk Ibu Bapa | Apa Yang Perlu Dilakukan Bila Anak Demam"
nice tips.. moga2x ingat bila ada anak sendri nanti haha ;)
lapor dri dekat sni
masa anak 1st demam dulu memang selalu cuak...sebab xde pengalaman lagi..dah tu tinggal berdua je ngan anak..huhu..skang ni dah masuk 2nd baby rasanya dah boleh handle.. :)
tinggal jejak cni.. KBBA Borneo mOon
http://www.munirahizzan.com