Lee Chong Wei Tumpas | Carilah Pengganti Baru|

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Lee Chong Wei Tumpas | Carilah Pengganti Baru|

Lee Chong Wei Tumpas | Carilah Pengganti Baru| Seperti biasa bila baca surat khabar, yang paling aku suka tengok dan tiada 'putar belit'nya adalah berita sukan... Hehehe... Yang paling sensasi adalah bila Datuk Lee Chong Wei Tumpas kepada pemain China, Chen Long... 



Pada pendapat aku, sukan kat Malaysia ni semakin maju... Dan semakin ramai peminat... Janganlah letak seratus peratus kat bahu Lee Chong Wei untuk menaikkan nama Malaysia... Tambahan lagi umur Lee Chong Wei dah beranjak ke angka 3 dah ni...

Pergilah kat kawasan kawasan perumahan... Tengok sesekali pemain yang berkebolehan untuk di naikkan tu... Aku tengok boleh dikatakan setiap hari dewan kat Putrajaya ni dipenuhi dengan pemain Badminton... Contohi negara China tu haa,, dah berapa ramai pelapis Lin Dan dilahirkan, sebagai contoh Chen Long... Malahan setiap nama baru yang muncul mesti suruh lawan Lee Chong Wei...

Lagi satu, kalau buat pertandingan Badminton tu, buat lah secara besar besaran... Cungkil bakat bakat baru... Ni tak, tengok tengok dah masuk pertandingan akhir baru nak heboh hebohkan... Janganlah sampai 'korang' dipanggil 'hanya pilih bulu' atau 'pilih kroni je' baru nak bukak mata...

Come on lah... Buatlah keje sikit... Nanti bila dah prestasi dah jatuh, baru nak terngada... Macam kes sepak takraw dulu, sampai kena tarik peruntukan haaa... Bukan ape, wife aku tak bagi aku masukkan channel sukan kat Astro sebab kononnya nak sokong sukan Malaysia... Buat lah sehabis baik, selagi sukan kat Malaysia masih ade peminat... Kan... kan... kan...


0 Komentar untuk "Lee Chong Wei Tumpas | Carilah Pengganti Baru|"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info