Kisah Benar | Hinakah Mat Rempit

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Kisah Benar | Hinakah Mat Rempit

Kisah Benar | Hinakah Mat Rempit| Cerita ni membuatkan aku insaf seketika... Walaupon ramai yang melabelkan mat rempit tu seorang yang berkelakuan jahat, tapi tersimpan juga kebaikan mereka sebenarnya kan...



Saya ada satu kisah benar yang berlaku di depan mata saya, ketika saya ontheway balik ke kampung halaman di waktu hujan. saya terserempak dengan seorang pakcik dan makcik, tersandai di tepi jalan dalam keadaan basah lencun, tiba2 hati terbayang wajah ayah dan mak saya, saya berhenti dekat pakcik tu dan bertanya kenapa pakcik? 

Pakcik tu menjawab dalam keadaan kesejukan, pakcik cakap dekat saya (nak tayar motor pakcik bocor,pakcik nak pergi changloon UUM tgk anak pakcik takdak apa yang pakcik buleh buat hanya sekadar berdoa pakcik takdak handfone ) bila saya mendengar kata2 pakcik tadi saya betul2 tersentuh dengan pergorban seorang ayah kepada anak nya,


Ketika itu saya tiada apa yang buleh saya tolong, tiba2 datang sekumpulan MAT REMPIT dalam keadaan basah lencun berhenti dan bagi salam. Tanya kenapa BERHENTI tengah2 hujan, saya memberitahu kepada MAT REMPIT2 tu tayar motor pakcik bocor, terus seorang daripada mereka turun pada MOTOR berjabat tangan SALAM dengan pakcik tu, lalu MEMBERI bantuan kepada pakcik tu sewaktu hujan makin lebat, dalam keadaan semua yang ada di situ kesejukan, salah seorang daripada mereka bersungguh2 membuka tayar MOTOR pakcik tu, kereta lalu hanya sekadar tekan HON, bas lalu sekadar bagi lampu, 


bila semua da setle saya menghulurkan duit kepada MAT REMPIT2 tu, dengan slamber mereka bercakap tak payah bagi duit kami TOLONG ikHLAS saya terkejut dengan kata2 daripada mereka, mulia sungguh hati MEREKA memberi bantuan dalam keadaan hujan tanpa mengharap balasan,


SOALANNYA SIAPAKAH MATREMPIT? HiNA KAH MEREKA? Selepas berberapa minit mereka berjabat tangan salam dengan saya dan pak cik tadi, pakcik tu tadah tangan berdoa syukur kepada yang maha esa kerana memberi seribu satu kenangan bersama MATREMPIT yang berhati MULIA,memberi bantuan di waktu susah,

Apa perasaan anda jika pakcik tadi ayah dan ibu anda?




5 Komen untuk "Kisah Benar | Hinakah Mat Rempit"

tapikan bg tira , tak semestinya yang bawak motor ramai2 kat atas jalan tu adalah mat rempit . kadang2 orang je salah paham . hmm , tapi ape ape pun , bagus lah diorang ni menolong ikhlas . ssah nak jumpe zaman sekarang ni .

tak semua jahat tau kdg2 ni smpai stu tahap sggup korban tlg mbr2, then tolak dgn motor yg abis mnyk walaupun xknl pengalaman ak..haha..ak pun bekas..hahaha...

Suka merempit jea bukan bermaksud dia org jahat..

Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com

hina jugak la kalau dah ganggu orng ramai...

tapi mau race 4-5 pagi kat jalan sunyi ..ok la nak reespek pun

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info