Email Khas Untuk Suami Tersayang

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Email Khas Untuk Suami Tersayang

Hehehe... Layan la citer ni... Email untuk suami tersayang...!!!


Seorang wanita telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada suaminya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail suaminya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang duda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian isterinya. Duda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si duda tersebut pun pengsan. Anak lelaki duda tersebut pun bergegas ke bilik bapanya dan mendapati bapanya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Suami kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Ayang telah selamat sampai

Ayang tahu Abang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Ayang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Ayang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Abang. Ayang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Ayang lalui ketika ini. 
4 Komen untuk "Email Khas Untuk Suami Tersayang"

Hahaha... Kalau ada sakit jantung terus gol

That was a good one la bro.!! hahahahaha

haha....patut ler terus pengsan...
http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/06/cpuv-campaigns.html

Haha...mau seriau laki dia tu!

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info