Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan 
Jalal menerpa ke telinga saya Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan 
sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan 
langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal
 sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa 
yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan 
berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan 
meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.
“Terima kasih ustaz sebab sudi datang 
bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya
 macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya 
sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya
 segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka 
itu.
“Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah
 ustaz, doktor pun tak tau.”Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi 
Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran
 saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.
“Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. 
Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya.” 
Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar 
seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara 
matanya terbelalak akibat azab yang.... Sambung baca kat Sini
P/s: Memang sedih kot baca citer ni... seram pon ade gak.. Aku sendiri tak tahu kalau kalau aku pernah sakiti hati mak aku... Rindu pulak kat mak aku... Huhuhu... Berbakti lah kepada mereka selagi mempunyai kesempatan...
I Love U Mak!!!
I Love U Mak!!!


1 Komentar untuk "Kisah Benar: Balasan Anak Derhaka"
hmm pengajaran utk kita