Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.
Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”
sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.
Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
P/s: Banyak pendapat beranggapan biarlah yang lempang Amirah tu je yang dikenakan tindakan undang undang.. tapi perkara ni akan dibincangkan dengan orang yang lebih arif... Banyak perkara yang perlu kita ambil kire... Tapi kesalahan tetap kesalahan kan..
Wajib Baca dan Nilai Sendiri
Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi
Entri Masih Panas
-
Geram punya pasal la ni... Geram tengok geng geng blogger main game CABARAN 30 Hari... Cabaran untuk 1 September ni adalah, gambar terkini d...
-
Jadual Air Laut Bulan Ogos 2017 | Pemancing Tegar Tak kira anda seorang pemancing tegar atau baru berjinak - jinak dengan sukan memancing...
-
Resepi Maggi Big Kari Sosej | Bila kita jarang jarang makan maggi, kenikmatannya memang terasa... Last aku makan maggi Big ...
-
Pejam celik pejam celik dah sampai cabaran hari ketiga kan... Mesti korang pon terkejut sampai tertutup mulut, menunjukkan korang terkejut g...
-
Tips Penjimatan Untuk Shopping Online Kepada peminat peminat dan juga kaki Shopping Online , disini aku kongsikan sedikit Tips Jimat Sh...
Blog Archive
Labels
Cerita Keluarga
(94)
Amirah
(43)
Agama
(41)
jalan jalan cari makan
(40)
Kisah Benar
(38)
Isu Semasa
(37)
Kopi Pes
(35)
Parenting Blogger
(35)
Blogger
(30)
makanan
(28)
Masakan
(17)
Petikan Akhbar
(14)
game
(14)
Khas Untuk Perempuan
(13)
Makan makan
(9)
Segmen
(8)
review
(8)
Doa Ibu ayah
(6)
Clash of clans
(3)
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
3 Komen untuk "Wajib Baca dan Nilai Sendiri"
bukan setakat yg lakukan kesalahan je kena ambil tindakan...pihak yg bertanggungjwb pn kena ambil tindakan skali supaya yg lain tak lakukan kesilapan yg sama...
boleh dishare ye? bagus entri ni.
pengadilan mcm ni yang kite cri..