Panduan Untuk Bakal Pengantin

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Panduan Untuk Bakal Pengantin




Kata orang menempuh gerbang perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula dengan tanggungjawab yang bakal terpikul di bahu tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan.

MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
  • Cincin belah rotan. (cincin tanda)
  • Wang tanda (hantaran)
  • Baju sepasang atau kain
  • Buah-buahan
  • Kuih-muih
  • Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
  • Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
  • Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
  • Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
  • Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
  • Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
  • Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.
Jangan memandai mandai pula nak buat sorang sorang ye.. Title sebagai seorang suami dan ayah adalah satu tanggungjawab yang sangat berat untuk kaum lelaki pikul... Jangan ambil mudah ye kengkawan...

Kawen bukan macam zaman kanak kanak dulu.. Pagi main kawen kawen dengan budak lelaki lain, petang karang kawen dengan budak lelaki lain... Kawen juga bukan untuk dapatkan malam pertama tu je, tapi nak kekal sepanjang hayat...

Dan semoga perkahwinan aku, dan juga pembaca pembaca sekalian berkekalan sehingga nyawa di halkum... Aku nak mencontohi suami macam Prof. Datok Seri Abil yang setia dengan isterinya walau dalam keadaan macam mana sekalipon.. Pegi terjah blog beliau... Korang akan terharu bila baca kisahnya... Serius best blogger dan husband yang..... tak tergambar la dengan kata kata pasal beliau...


0 Komentar untuk "Panduan Untuk Bakal Pengantin"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info