Sejak kemenangan Malaysia dalam beberapa kejohanan besar di asia ni, semua melonjak naik.. Dari kemenangan sampai lah ke pemain... Sorang sorang pemain kita ditawarkan oleh negara luar untuk dibeli.. Sebelum ni, Safee Sali dibeli oleh negara jiran untuk main dengan kelab diorang.. Sekarang ni dengar khabar, Apek pon ade juga yang nak beli...
Seronok kan jadi pemain bola... Kalau dulu, bila tengok kat tv Malaysia yang main, hemmm... Jawapan sama berulang kali disebut bertahun tahun lamanya, iaitu ' Malaysia kompom kalah'... Sampai lah piala Suzuki, semua bertukar...
Bila sebut nama Harimau Malaya, stadium mesti penuh.. Penyokong bersesak.. Bila menang, letak tangan kat dada sambil nyanyi lagu Negaraku seorang diri depan tv.. Kompom air mata mengalir.. Betapa bangganya aku dengan pemain Malaysia sekarang ni..
Sekarang ni,dikhabarkan, Apek pula nak dibeli oleh negara luar.. Jom baca...
KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kini menjadi sebutan apabila dikatakan mendapat tawaran RM3 juta oleh pasukan lain dan bayaran itu termasuk RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun.
Sekiranya khabar angin itu menjadi kenyataan, Khairul Fahmi, 23, atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bakal menjadi pemain bola sepak tempatan termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC.
Khabar angin mengenai tawaran RM3 juta untuk Apek itu tersebar di Internet terutama laman sosial, facebook dan tawaran berkenaan dikatakan dibuat pasukan Johor.
“Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,” katanya.
p/s: Untung kan jadi pemain bola...
1 Komentar untuk "Khairul Fahmi Di Beli RM3 Juta???"
wah.. kalau betul kayau... kalau deno kan, boleh beli mesin dialisis satu... huhu :)