Dulu aku selalu tertanya tanya, kenapa semua orang gila yang aku pernah jumpa takde yang sakit macam orang orang normal ni?? Kalau kita yang normal ni, darah tinggi, kencing manis dan macam macam lagi... Kadang kadang tak sah kalau penyakit berantai ni takde dalam badan kita kan...
Dan inilah jawapannya...
Apakah sering anda menemukan orang gila dijalanan? Pernahkah anda
berfikir, mengapa orang gila selalu sihat ? Beberapa kali kita berusaha
memikirkan mengapa orang gila tidak pernah sakit?

Tidak pernah kita melihat sekali pun ada orang gila terlantar di pinggir
jalan, meminum ubat, memakai koyok, atau sakit gigi sekalipun.
Jawabannya adalah "KERANA MEREKA TIDAK PERNAH STRESS !!!
Orang gila tidak pernah sakit kerana mereka tidak pernah stress. Mereka
tidak pernah berfikir macam-macam. Makanan apa pun mereka makan. Tidak
seperti kita. Sudah ada ayam goreng, masih mencari satay kambing. Sudah
ada soto ayam, masih mencari pizza, hotdog, dan lain sebagainya.
Sedangkan orang gila tidak pernah minta makanan macam-macam. Makanan
apapun asal namanya makanan tetap mereka makan. Bahkan nasi basi pun
mereka makan.
Kedua, orang gila itu selalu qona'ah. Mereka itu triman. Menerima apa
pun pemberian Allah kepadanya. Tidak pernah menuntut macam-macam. Tidak
seperti kita. Sudah diberi basikal, masih minta motor. Sudah punya
motor, masih minta keretaa. Rumah sudah bagus, masih saja selalu merasa
ada yang kurang. Akhirnya beli ini beli itu, renovasi ini renovasi itu.
Akhirnya hutang sana sini untuk memenuhi nafsu tersebut. Ketika
hutangnya sudah menggunung, jatuh sakitlah dia.
Orang gila itu entah punya pakaian ataupun tidak, mereka santai saja.
Kalau mengantuk, ya tidur saja. Mereka tidak perlu tikar, apalagi tilam
atau springbed. Ada diantara kita yang tidak boleh tidur di atas tikar.
Gara-gara kerana sudah terbiasa tidur di springbed. Tidur tanpa Air
Cond juga tidak boleh.
Orang gila jarang sakit juga adalah kerana mereka selalu berbahagia.
Nyatanya mereka nampak selalu tersenyum. Betul kan? Orang yang selalu
tersenyum pasti hatinya bahagia dan tenteram. Everething is running
well. Semuanya berlalu dengan baik-baik saja. Tidak pernah ada masalah.
Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu sebagai hiburan yang
menyenangkan. Makanya dia sentiasa tersenyum.
Nah, kalau kamu semua ingin selalu sihat jadilah 'orang gila' bukan jadi
gila betul. Maksudnya, hiduplah dengan qona'ah, terima adanya,tidak
ikut nafsu, tidak usah punya keinginan macam-macam dan selalulah
tersenyum. Mudah-mudahan kamu sihat selalu. Ok!
sumber : cybermales
7 Komen untuk "Mengapa Orang Gila Tiada Penyakit??"
terbaekkkkkkkkkk !!!! ^_^
betul2....n pnyakit2 yang berantai macam kencing manis, darah tinggi tuu smua ada kena mngena dengan genetik(keturunan) jugak....huhu...kot2 la smua orang gila ni keturunan dia tak ada pnyakit berantai...so, dia tak ada la smua tuu...=)...cik siti balas kunjungan
entry yg menarik papa
errr... ada perpatah kata orang-orang skang "..orang gila aje tak mengaku dia tue gila..". hohohohh betul tak?
terima kasih..hehehe
betul betul... tapi bila orang tak hensem, suka sangat mengaku dirinya hensem.. mengata diri sendiri la pulak... hahaha
mmg taknak stress tp kdg2 stress dtg sendiri