Aku geram betul pagi tadi sebenarnya... Pasal teksi kat KL ni la.. tapi bukan lah semua teksi kat KL ni kuang ajar kan.. Sesetengah orang yang bawa teksi je.. Tapi disebabkan sorang tu la semua terbabit.. Betul tak??? Kerana nila setitik, habis susu sebelanga.. Lebih kurang camtu la kan..
Bukan ape la kan.. Pagi tadi masa nak pergi opis, aku macam biasa naik motor la kan.. Teksi ni bawa slow je masa kat Highway UPM tadi.. Aku tak kisah sangat kalau dia bawa slow sebab aku boleh cilok sana sini.. Tapi yang aku bengang, boleh pula masuk simpang ke kiri dengan takde signal ape ape masuk melutuh... Aku sakit hati betul la.. Tu yang buat entry pasal ni.. Rasa nak tunjuk " jari tengah " je kat dia tadi.. Tapi aku tengok, orang tua yang bawa... adoi la,,
Pastu aku cerita la kat member opis, masing masing la tukar cerita.. Member aku ade 3 orang yang pernah eksiden yang melibatkan ( ayat macam berita ) teksi... Yang sorang ni selamat lah kan sebab orang teksi tu memang baik.. siap bawa pegi hospital lagi walaupon luka sikit je kat lutut... Tapi yang aku sedih dengan 2 orang member aku ni...
Sorang ni kena langgar, dah nama kena langgar, makanya orang yang melanggar tu la yang salah kan.. memang betul tepat kena kat pintu pemandu tu.. Pastu teksi tu boleh salahkan member aku ni kononnya tak bagi laluan kat dia.. Siap minta duit untuk bayaran kereta, sewa harian teksi dia dengan pendapatan harian selama 3 hari.. Sebagai contoh, sewa harian RM45 X 3hari, pendapatan RM100 X 3hari pastu kerosakan RM200.. korang kire la sendiri.. Bila buat report, ternyata pemandu teksi yang menang... Aku pelik juga dengan kejadian ni.. So disebabkan dia kena bayar teksi tu, dia pon hancurkan betul betul teksi orang tu dengan upah 3 orang mat rempit... hahaha aku tak tahu la cerita ni betul atau tidak kan..
Pastu yang sorang ni pula, pemandu teksi ni bangsa kita la kan.. Bila dah setel secara baik, boleh pula buat report kononnya member aku tu yang langgar lari... Memang siut je... Aku rasa geram je kan.. Eh.. Entry ni aku cerita pasal aku ke pasal member aku ni?? Ahhh... Sama je tu.. yang penting sila berhati hati dengan pemandu teksi.. diorang ni memang suka kena langgar tau.. Tapi bukan semua ye.. Aku minta maaf kalau ada yang terasa
Teksi KL Memang Selalu Buat Aku Nak Tunjuk Jari Tengah
Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi
Entri Masih Panas
-
Ok... Dah lama aku nak join contest camni sebenarnya... Sebab aku ni memang giler kartun sangat... hahahaha Contest ni memang seronok t...
-
Makanan Terkenal Di Sabah | Pis Jagung Atau Biyamban| Makanan Terkenal Di Sabah | Pis Jagung Atau Biyamban| Mungkin ada yang terke...
-
Video ni aku dapat daripada youtube yang menyatakan Ustaz Azhar Idrus berkata Wanita Tidak Wajib Bertudung... Klik SINI kalau nak tengok vi...
-
Jadual Air Laut Bulan Ogos 2017 | Pemancing Tegar Tak kira anda seorang pemancing tegar atau baru berjinak - jinak dengan sukan memancing...
-
Ini rakaman yang sempat aku ambil malam tadi masa buat perjumpaan antara keluarga owner tu... Korang tengok berapa ramai yang datang.... ...
Blog Archive
Labels
Cerita Keluarga
(94)
Amirah
(43)
Agama
(41)
jalan jalan cari makan
(40)
Kisah Benar
(38)
Isu Semasa
(37)
Kopi Pes
(35)
Parenting Blogger
(35)
Blogger
(30)
makanan
(28)
Masakan
(17)
Petikan Akhbar
(14)
game
(14)
Khas Untuk Perempuan
(13)
Makan makan
(9)
Segmen
(8)
review
(8)
Doa Ibu ayah
(6)
Clash of clans
(3)
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info


0 Komentar untuk "Teksi KL Memang Selalu Buat Aku Nak Tunjuk Jari Tengah"