Rakyat Malaysia Memang Pemurah

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Rakyat Malaysia Memang Pemurah






Haaa... Aku teringat satu tugasan yang kitorang kene  buat dulu iaitu gantung Banner ngan Banting kat area Jalan Tar.. Pasal kempen ni la.. Tahu tak kenapa kerajaan buat kempen macam ni?? Bukan sebab tak nak tolong orang susah dari segi kewangan tapi nak selamatkan orang jenis ni dari digunakan oleh pihak tertentu...

Korang pernah tak makan kat mana mana kedai makan atau restoran, tetibe ade orang datang minta sedekah tak pon yang jual tisu??? aku bukan nak menghina orang cacat penglihatan tu...

Kalau korang perasan la kan, cuba korang perhatikan.. orang yang pimpin tu selalu bertukar tukar, tapi orang buta tu orang yang sama je?? kesian sebenarnya orang yang buta tu, digunakan untuk meminta sedekah.. cube tanya, pendapatan dia sehari berapa yang dia dapat?? ada yang mencecah RM300 sehari tapi bahagi ngan 3... sebabnya 1 bahagian bagi kat orang buta tu, 1 bahagian kat ejen yang bawa dorang pegi suatu kawasan dan 1 bahagian lagi bagi kat orang yang pimpin tu...

Aku pernah tengok sorang peminta sedekah tu yang diselamatkan, tapi bukan orang Malaysia la, pendapatan dia pernah mencecah RM8k tu... tengok ada transaksi untuk penukaran wang ke negara dia... dalam hati aku, masyukk juga peminta sedekah ni.. Sebabnya orang kita memang pemurah... Dalam masa yang sama, kita turut menggalakan orang luar datang untuk "mengotorkan" bandar kite.. dan menambahkan lagi pendapatan ejen ejen ni dari terus menjadikan orang cacat sebagai modal untuk diorang "berniaga"...

Tapi berapa ramai pula yang berpura pura buta untuk dapat duit??? hahahaha aku cakap sebab aku pernah tengok orang pura pura buta mengelak dari melanggar orang yang bawa makanan... ekekeke

Foto diambil dari jkmwpkl.gov.my...

Related Post

4 Komen untuk "Rakyat Malaysia Memang Pemurah"

Jujurnya, saya sendiri pernah tgk org buta yg berpura-pura buta. kwn saya pun...
kami makan kat kedai mamak...ada lah org buta ni jual2 tisu... kawan saya buat derk... dia ckp dia pernah nampak pak cik ni.. drive kereta wira. haaaa....... mcm mana tu....

hahaha macam2 kalau nk dapat duit dgn cpt.. bukan setakat skim cepat kaya je kn... tpi serius,,, dpt peminta sedekah lagi banyak dari kite yg bekerja tau...

Kerja paling mudah tak perlu guna kudrat teruk2...jalan sambil hulur tangan!
Ramai orang tahu semua tu kerja ejen tapi disebabkan menyampah dan kadang2 terasa malu sebab tak memberi kita terpaksa jugak bagi!

tp klu kite bagi takut makin banjir la negara kite ni ngan peminta sedekah kn... tp janji kite ikhlas beramal.. tak kire la org tu menipu ke ape, yg penting amal tu yang kite bawa bekal g "sana" nanti...

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info