Alat mencari lokan |
Jumaat lepas abang ipar aku ajak ke Pulau Banggi untuk mencari Lokan... Tapi Lokan ni berbeza sedikit dengan apa yang biasa aku nampak... Sebab kita perlu cari di dalam pasir menggunakan alat di atas...
Cara penggunaannya sangat tradisional.. Kat hujung alat ni ada pisau yang telah dibuat khas, dan pisau tu akan dibenamkan ke dalam pasir... Aku kena tarik benda ni sehingga berbunyi 'krik'.. Bunyi tu menandakan pisau telah mengenai cengkerang Lokan...
Nak guna alat ni memang memerlukan tenaga dan kekuatan yang tinggi... Mungkin sebab tu lah orang kampung sentiasa sihat dan mempunyai badan yang tegap kan... Hehehe.. Dan ini hasilnya yang kitorang dapat...
Setengah guni juga la kitorang dapat.. Tu nasib baik pegi dah lambat, agaknya kalau awal sedikit, mungkin lebih dari ini... Alhamdulillah rezeki... Nampak tak perbezaan Lokan ni ngan Lokan yang biasa dijual kat pasar tu???
Saiz Lokan ni boleh mencecah sebesar tapak tangan... Dikhabarkan, Lokan jenis ni sedikit murah jika dibandingkan dengan Lokan yang bercengkerang putih tu...
Bila dah penat, pastu layan air kelapa memang awesome... Memang best kat Pulau Banggi ni sebab suasana kampungnye sangat damai... Angin laut sering menerpah ke muka... Sangat sangat damai dan nyaman... Pengalaman baru ni... Hehe
4 Komen untuk "Misi Mencari Lokan"
Assalammualaikum...PB,
wahh... sedap nie masak pedas..
mselim3
alat tu akan tarik lokan naik ke atas ke? tak leh imagine hehehe
punya sadap..atukoiiii....
bestnya
fresh tu
pulau banggi tu kat mana ek!