Pengemis Yang Kaya | Kempen Henti Memberi | Siapa yang perasan, pasti akan tahu yang kat negara kita ni, pengemisnya bukanlah sekadar pengemis... Ya... Ramai yang tak tahu dan ramai juga tak nak ambil tahu bab ni...
Pada pengalaman aku masa bertugas dalam 'Ops Pengemis, 70% adalah mereka yang berpendapatan tinggi hasil daripada aktiviti mengemis... Sukar nak percaya bukan... Ya... Aku sendiri sukar nak mempercayainya tapi itulah hakikat sebenar...
Kami berjaya menangkap seorang pengemis yang berasal dari Pakistan, dan dia mengaku yang dia hanya bergantung harap pada pendapatan yang diterimanya hasil mengemis... Dia telah membuat 2 kali transaksi untuk mengirimkan wang kepada ahli keluarga di kampung... Sekali transaksi mencecah RM5,000.00... Kali kedua transaksi berjumlah RM3,000.00 dalam masa 2 bulan... 2 BULAN...
Kau mampu..!!! Kau mampu kirimkan wang kat mak bapak kau RM8,000 dalam masa 2 bulan dengan hasil makan gaji??? Dia hanya mengemis, dan mampu meraih pendapatan yang lebih tinggi dari mereka yang bekerja di sektor kerajaan...
Ade 1 kes lagi, seorang makcik tu kami tangkap dan beliau beritahu, pada waktu pagi dia bekerja sebagai seorang Cleaner di kawasan Pantai Dalam dengan pendapatan RM500.00 sebulan.. Manakala pada waktu malam, dia mengemis dan meraih pendapatan hanya pada 1 malam berjumlah RM300.00... Hanya 1 malam... Minimum hasil mengemis beliau adalah sebanyak RM50.00...
RM50.00 (jumlah minimum)
X
30 Hari
___________
RM1,500.00
___________
+
RM500.00 (Gaji cleaner)
___________
RM2,000.00
___________
Sebulan, RM2,000.00... Hahahaha... Mengalahkan gaji aku... Benar, itu rezeki mereka, dan lantak lah mereka nak menipu.. Tapi kena fikir, kadang kadang ada individu tertentu memaksa mereka mengemis untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah...
Kalau nampak seorang Orang Buta bersama seorang wanita yang memimpinnya, sila tangkap gambar... Keesokan hari Orang Buta yang sama akan menjual tisu sambil dipimpin oleh seorang wanita yang berbeza... Ketahuilah wahai warga Malaysia, itulah salah satu penyalahgunaan golongan OKU... Sama sama lah membanteras kegiatan ini, dan henti memberi...
6 Komen untuk "Pengemis Yang Kaya | Kempen Henti Memberi"
lagi banyak diaorang dapat duit..fuhh
kesian tengok mangsa2 OKU jadi mangsa... Sha dengan hasben pun OKU... terasa sangat tengok keadaan2 diorang yang kena under sindiket ni :(
Tak boleh jd ni. Siapa yg harus disalahkan? Jika kita report adakah pihak tertentu mnjalankan tugas? Sila tampal nombor sesiapa utk dihubungi sekiranya ada kes begini. Semua kena main peranan betul tak?
Wah....serius kakzana ni, sebab jeles simpanan mereka ribu riban. Tapi mereka takde bayar rumah, bil, astro dll....boleh la simpan duit.
Hidup dengan hanya meminta mampu menjana income lebih..fuh..! cari duit dengan cara manipulasi sifat kemurahan orang lain.. dahsyat..
Rakyat Malaysia nie pemurah tidak bertempat...
rakyat malaysia mmg pemurah.. masalahnya pemurah tak bertempat.. Tp kdg2 kesian jugak tgk.. hurmmmmm..
yg mengambil kesempatan atas kesusahan org lain tu lg teruk.
Kena sentiasa basmi pengemis mcm ni..