Kenapa Majlis Perbandaran Sandakan Cekik Darah

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Kenapa Majlis Perbandaran Sandakan Cekik Darah

Ya... Pada aku Majlis Perbandaran Sandakan sangat cekik darah... Aku tekankan disini mengenai harga parking di bandar Sandakan... Giler... Serius gila cekik darah... Bahahaha... 



Takde niat nak burukkan tempat orang tapi ini luahan rasa ketidakpuashatian aku sebagai seorang pelancong... Pelancong la sangat... (Cerita sukan di Sandakan tak abes lagi la)..

Macam ni ceritanya... Masa tu kitorang parking kat tengah bandar... Dekat sikit dengan mall yang baru, Harbour Mall dan juga senang nak cari makan kat situ... Tak sampai 2 jam pon kitorang parking kat tempat tu, dah kena charge RM11.00... 

Hohoho... Masing masing terkejut giler... Mahal nak mampos... Mengalahkan parking kat KLCC beb... Mampos... Resit parking tak sempat aku nak snap sebab cepat cepat cari tempat bayar... Nanti kalau lambat lagi, mau RM100 kene bayar parking... 

Sebelom bayar tu aku sempat tengok rate parking kat situ... 1/2 jam parking kena charge RM1.00... Masuk 1 jam parking, serta merta naik RM6.00... Masuk 1 1/2 jam naik lagi ke RM11.00... Dan maksimum parking kat tempat tu sebanyak RM96.00... Tak cekik darah ke camtu..???

Member aku parking kat tempat tu dari pagi sampai ke petang, kena charge RM91.00... Hahahaha.. Hoi..!! Giler khinzir betul harga parking tu... 

Kepada Majlis Perbandaran Sandakan, tolonglah kaji semula harga parking tu... Melampau sangat harganya.. Kalau keselamatan 100% terjaga, aku tak kisah... Kalau kereta calar pon, korang boleh bayar ganti rugi, aku tak kisah juga... Ni tak... Motif nak letak harga camtu semata mata nak kaut untung... 

Kalau dapat untung tu nak majukan Bandar Sandakan takpelah juga... Ini tak, kat kawasan penuh dengan lalang... Sampai menyukarkan penglihatan pemandu... Hampeh.. Cekik darah... 
4 Komen untuk "Kenapa Majlis Perbandaran Sandakan Cekik Darah"

perghhhh gilossssssss.... rm11 hanya untuk parking??? *pengsan*

Memang tak patut charge sebgitu..

mahalnyaaaaa..

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info