Rindu Sentiasa Menebal

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Rindu Sentiasa Menebal

Sejak akhir akhir ni aku asyik teringat kat orang orang yang aku sayang... Macam macam kenangan mengasak asak masuk ke dalam kotak fikiranku... Tiap kali teringat kat diorang, mata terasa agak susah nak terlelap... 


Bila teringatkan arwah, aku sering merasa kesal pada diri sendiri... Aku tak tahu nak terangkan macam mana... Tapi yang membuatkan aku happy bila dapat tunaikan hajat arwah untuk aku bertugas kat kampung sendiri... 

"Aku rasa badan aku semakin sihat bila dapat tahu kau nak bertugas di Kudat" 

Itulah perbualan yang terakhir kalinya antara aku dan arwah... Selepas perbualan tu, keesokan harinya beliau menghembuskan nafas... Hemmmm.. 

Bila tengah malam macam ni, takde sape yang tahu aku menangis semahu mahunya...  ditemani pula dengan lagu lagu 80-an, lagu kesukaannya, membuatkan air mata mengalir laju turun ke pipi... Hurmmmm.. 

Pemergian orang yang tersayang, tanpa kucupan terakhir dari orang yang rindu membuatkan tisu habis sekotak... (T-T)

Semoga rohnya sentiasa bersama orang yang beriman.. 
0 Komentar untuk "Rindu Sentiasa Menebal"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info