Tahniah JDT | FAM Tak Adil

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Tahniah JDT | FAM Tak Adil

Tahniah JDT | FAM Tak Adil | Tahniah sekali lagi kepada team JDT (Johor Darul Takzim FC)... Syabas diucapkan kerana menang walaupon dengan cara yang TAK ADIL... Keputusan FAM yang memberi kemenangan kepada JDT adalah satu keputusan yang betul betul TAK ADIL.. Diulangi TAK ADIL... Geram betul aku haaaa... 

Keputusan macam ni sebenarnya membunuh semangat para pencinta bola sepak tanahair.. Hanya disebabkan T-Team tak turun ke padang separuh masa kedua sewaktu menentang JDT, FAM membuat keputusan macam ni... 

Kenapa aku cakap tak adil??? Sebab masa Pahang menentang JDT kat Kuantan pada tahun lepas, JDT tak turun ke padang langsung tapi perlawanan ditunda... Bukan setakat ditunda, malahan penjualan tiket kepada penyokong sama rata.. Walhal sebagai tuan rumah, penyokong tuan rumah sepatutnya mendapat kelebihan... 

Dalam masa yang sama, kenapa FAM tak buat keputusan pasukan Pahang menang 3-0 seperti mana FAM buat keputusan JDT menang hanya kerana pasukan T-Team tak turun padang separuh masa kedua?????????? 




Tengok komen penyokong yang taksub dengan JDT, sehinggakan berani buat statement macam ni... Tak salah jadi penyokong tegar tapi 'jangan sampai jadi najis'...(pinjam ayat Zizan)..

Wahai penyokong Tok Gajah, terutamanya Elephant Army, malam ni bangkitkan semangat para pemain Pahang... Berjuang habis habisan...

Kalau minta tukar padang lagi, aku tak tahu nak cakap ape lagi dah... Apa yang pasti, tebuslah kekalahan pasukan dari Pantai Timur.. Hidup Tok Gajah..!!!!!! Hidup Tok Gajah... !!!!!!!!

Related Post

  • Lirik Lagu Rembau Most WantedAku suka dengan bait bait lirik lagu Waris Rembau Most Wanted ni... Memang berisi la... hehehehe... Klik SINI …
  • Promosi Domain Yang Murah Aku just nak bagitahu kepada korang yang ingin mempunyai domain sendiri untuk blog korang tu... Promosi ini masih lag…
  • 1 Milion Women Purple WalkHuuuuu... Penat beb... Aku ingatkan dekat je 1.5 km tu rupenye jauh... Awal pagi tadi aku dah malas nak melibatkan diri …
  • Si Comel Bergigi ArnabPelik juga aku.. Kalau aku tak silap, Amirah tumbuh gigi yang first kat bawah... Tapi yang atas pulak lebih panjang dari…
  • Nak Bagi Makan Ke Nak Bagi MatiDisebabkan aku dengan wife tadi berperang dengan Amirah, so takde mood nak masak... Jadinya aku beli nasi bungkus je la …
2 Komen untuk "Tahniah JDT | FAM Tak Adil"

Hitam putih xkan padam... Pahang Selamanya...!!!

merah putih tetap utuh...kelantan best !!

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info