Kejap... Aku sendiri pon tak pasti apa tujuan dan motif sebenar Perhimpunan 31 Disember yang lepas?? Sama ada untuk gulingkan kerajaan atau pun bantahan kenaikan Harga Barang??? Ada sesiapa boleh bagitau aku tak?? Apa komen korang...
SHAH ALAM – ‘Jangan diperalatkan pembangkang untuk buat
kekecohan.” Demikian nasihat Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang terhadap
majoriti anak muda Melayu yang menyertai himpunan Turun, malam tadi.
Menurut beliau, beberapa siri himpunan jalanan yang dianjurkan sesetengah pihak sebelum ini juga majoritinya disertai kaum Melayu malah yang akhirnya ditahan pihak polis juga berbangsa Melayu.
Semalam, sambutan ambang tahun baru di Dataran Merdeka diselangi dengan himpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup anjuran Gerakan Turun Kos Hidup (Turun).
Konsert anjuranDewan Bandraya Kuala Lumpur (DBKL) turut terjejas apabila terpaksa dihentikan setengah jam lebih awal ekoran berlaku insiden objek yang dipercayai botol air dibaling ke atas pentas.
“Harap adik-adik jangan diperalatkan pihak pembangkang untuk buat kekecohan. Apabila berlaku rusuhan, pemimpin mereka semua cabut. Tinggal anda saja di depan.
"Kalauadik-adik nak main politik, kenalah belajar daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pernah nampak ke dia di depan apa-apa rusuhan? Yang kena tangkap pun bukan dia.
“Selalu dalam demonstrasi jalanan, yang kena tangkap majoriti kaum Melayu. Kenapa adik-adik perlu diguna? Pernah nampak adik-adik kaum Cina? Fikirlah masa depan,” katanya yang dipetik melalui laman mikro Twitter miliknya, semalam.
Menafikan dirinya rasis kerana membuat kenyataan sedemikian, beliau akui kenyataan itu sebagai nasihat ikhlas kepada anak muda Melayu.
“Memang aneh bila saya cuba beri nasihat terbaik untuk kaum Melayu supaya jangan diperalat, penyokong DAP kata saya rasis. Salah ke bantu kaum lain?
“Saya bukan rasis. Saya sedih lihat anak-anak Melayu diperalat untuk buat demonstrasi jalanan pembangkang. Pernah nampak kaum lain? Fikirlah masa depan anda.
“Kalau saya rasis,saya tak perlu nasihat anak-anak Melayu. Biar mereka terus diperalat demonstrasi dan buat kekecohan. Hanya pentingkan nasib kaum sendiri,” katanya.
Tekannya, kebenaran memang menyakitkan namun ia hakikat yang berlaku sekarang ini.
“Ini bukan soal kaum tapi hakikat majoriti (yang sertai) demonstrasi adalah anak-anak Melayu. Yang (bangsa) lain semua bukan tak berjuang untuk negara tapi tak rela diperalat.
“Saya hanya beri nasihat ikhlas kpd anak muda Melayu. Hakikat itu tak akan didedah pembangkang. Fikirlah masa depan. Jangan terus diperalat,” katanya.

P/S: Malam ambang tahun baru haritu aku dengan beberapa orang blogger lain turut bersama sama 'berguling' di Kajang... Haaa.. tu kena tunggu aku cerita di lain entri ok... hahaha
0 Komentar untuk "Perhimpunan 31 Disember | Hanya Memperalatkan Melayu|"