Tiada ibu bapa dalam dunia ini ingin melihat anaknya 'rosak'... Malahan anak soleh dan solehah adalah keinginan semua ibu bapa di dunia ini... Tapi persoalannya adakah mendidik dan membimbing anak menjadi anak soleh dan solehah itu semudah yang diperkatakan dalam buku mahupon majalah?? Mendidik dan membimbing anak bukanlah terletak di tangan ibu semata mata, ibu dan bapa lah contoh terbaik kepada anak anak...
Justeru itu, Allah SWT telah merakamkan
beberapa keistimewaan yang dilakukan oleh Luqmanul Hakim sewaktu mendidik anak.
Di antara nasihat Lukman kepada anaknya ialah:
1.
Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama’ dan dengarlah kata-katapara hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati
dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
2.
Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah
berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring
di atas katilmu.
3.
Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang
tiba-tiba.
4. Dunia
ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu,
jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.
5.
Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.
6. Tiga
orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah
lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan
saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan
daripadanya.
7.
Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit
daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada
yang lebih sedikit.
Sama-samalah
kita mendidik anak-anak yang di anugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita supaya
menjadi insan dan hamba-Nya yang taat dan patuh kepada segala suruhan dan
meninggalkan segala larangan-Nya.
Sabda
Rasulullah SAW bermaksud:
“Setiap
anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab
mencoraknya anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Bukhari
dan Muslim)
P/S: Share lah info ini untuk saham akhirat... In Sya Allah...
0 Komentar untuk "Panduan Ibu Bapa | Nasihat Lukman Kepada Anaknya|"