Jangan Tanya Kenapa Aku Cintakan Kau | Untuk Isteriku

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Jangan Tanya Kenapa Aku Cintakan Kau | Untuk Isteriku

Jangan Tanya Kenapa Aku Cintakan Kau | Untuk Isteriku | Pertanyaan 'kenapa abang sayang sayang, kenapa abang cintakan sayang ' adalah soalan yang kerap kali diajukan kepada aku... Betapa susahnya untuk aku menjawab.. Malahan soalan ni dah bertahun tahun lamanya wife aku tanya kat aku... Mungkin inilah sebahagian jawapan aku.. Hehehe



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka.

Isteri: Mengapa abang menyukai saya?
Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan
sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan
sebabnya? Bagaimana abang boleh
katakan abang sayang dan cintakan saya
sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya
tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak!
Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang
lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan
mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu
abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia
berkata
Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab
sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang
selalu. Abang juga sukakan senyuman
manis dan setiap tapak Sayang
melangkah, di situlah cinta Abang
bersama Sayang!

Si isteri tersenyum dan berpuas hati
dengan penerangan suaminya tadi.. Namun
begitu selang beberapa hari si isteri
mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis
sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di
sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:
Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai
mu, sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan
ingatan aku mencintai mu,sekarang
bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai
mu, sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak
boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku
mencintai mu. sekarang bolehkah
engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku
tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya,
seperti sekarang. Aku tidak mempunyai
sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.


Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh
dilihat, dipegang. Namun begitu ia
boleh dirasai dalam hati.


Related Post

  • Makanan Umai Putrajaya Yang..Sedap!!!! Sangat sedap weh!!! Dah la sedap, harga pon berpatutan sangat... Sampaikan dapat anugerah makanan harga berpat…
  • Komputer Dah AdeYeh!!!! Sekian lamanya aku hidup menumpang kasih di meja orang untuk buat kerja... Hehehe Aku dah macam mengemis di tem…
  • Karpet Banyak UntungKekadang akal aku tak mampu menjawab dengan soalan yang aku ajukan sendiri... Kedai sebesar ini, mampukah dia bertahan?…
  • Amirah Muntah MuntahHarini aku terpaksa ambil cuti kecemasan sebab nak jaga Amirah... Dari malam tadi dia asik muntah muntah je... Dua tiga…
  • Akhirnya, Putrajaya JugaLama aku tak tulis kat blog... Banyak sebab sebab yang memaksa aku stop sekejap dari blog ni... Tapi bila aku dapat tah…
2 Komen untuk "Jangan Tanya Kenapa Aku Cintakan Kau | Untuk Isteriku"
 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info