Dunia Akhir Zaman | Anak Menemani Ibunya Buat Maksiat | Memang betul betul dah akhir zaman ni... Tergamak seorang ibu membawa anaknya melakukan maksiat dengan lelaki lain... Sedangkan pada masa yang sama, perempuan tu masih lagi bergelar isteri...
Dipetik melalui Sinar Harian Online, ibu yang berstatus isteri orang itu dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) melalui Ops Ambang Maksiat 2014 di sebuah hotel apartmen di sini.
Melalui operasi yang bermula jam 2 pagi itu mendapati seorang lelaki dengan selamba berada di ruang tamu bilik hotel berkenaan sedangkan wanita berkenaan berada di dalam bilik tidur.
Lebih mengejutkan apabila penguatkuasa juga terjumpa dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan enam tahun di sebuah lagi bilik tidur.
Dalam nada selamba lelaki tersebut mengaku dia ditemani rakannya sedangkan selepas penguatkuasa membuat pemeriksaan wanita itu pula mengaku lelaki tersebut sebagai suaminya.
Jawapan yang berbeza itu akhirnya menyebabkan kegiatan maksiat mereka dapat dihidu JAINPP sehingga membuktikan kedua-dua mereka berstatus suami dan isteri orang lain.
Baca cerita selanjutnya di Sinar Harian Online
P/S: Aku kata dah... Dengan Sambutan Tahun Baru ni, mesti ada yang buat maksiat punya... Bukan setakat remaja saja yang kita selalu dengar melakukan maksiat ini, malahan orang tua yang berstatus Suami mahupun Isteri turut dicekup...
Itu belum tiba sambutan Hari Kemerdekaan lagi... Selepas sambutan seperti ini, 9 bulan kemudian mesti akan kedengaran kes pembuangan bayi di muka akhbar... Apa lah nak jadi ni... Sepatutnya kurang kurangkan lah sambutan sambutan yang diadakan di tengah malam ni, nanti kes kes macam ni tak akan berkurangan... Tangani dari akar umbi bukan sekadar memberikan kondom percuma seperti yang dilakukan oleh orang luar negara kan...
Fikir fikirkan...
4 Komen untuk "Dunia Akhir Zaman | Anak Menemani Ibunya Buat Maksiat |"
Macam2 Sekarang...
http://shafiqhashim.blogspot.com/2014/01/deretan-filem-terbaik-2014.html
Ada baca juga pagi tadi...
bimbang datang bala dari Allah
Hmmm... ini mcm pun ada...