Sebelum ni Kuantan dilanda musibah banjir dan alhamdulillah semakin pulih dah kat sana... Harini kami sekeluarga dikejutkan dengan 1 lagi musibah... Rumah jiran terbakar...
Dikhabarkan kebakaran ni berpunca dari kealpaan dan kelalaian pemilik rumah ni... Diaorang terlupa nak tutup api sebelum keluar untuk pegi kenduri... Memang tinggal sehelai sepinggan la... Kesian juga aku tengok...
Sebelum kebakaran ni merebak, jiran yang lain ade call mangsa tapi henpon tertinggal dalam rumah... Jadi bomba pon terpaksa lah pecahkan rumah untuk masuk kedalam bagi mengurangkan api dari terus merebak...
Fuhhh..!! Dah macam wartawan dah aku rasa... Hahaha.. Tapi yang penting tiada kemalangan jiwa... Pengajaran yang aku dapat, sila periksa keadaan dapur sebelum keluar rumah...
Malang memang tiada bau...



0 Komentar untuk "Rumah Jiran Pulak Terbakar"