Perkongsian Ilmu | Maksiat Yang Disegerakan Balasannya | Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu.
![]() |
dari google |
Perkara-perkara itu
ialah:
1. Tiada terzahir
(nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang
melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di
kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah
menimpa umat-umat yang telah lalu.
2. Dan tiada mereka
mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan
kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin
mereka.
3. Dan tiada menahan
mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari
langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini)
tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
4. Dan tiada mereka
mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas
mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada
di tangan mereka.
5. Dan apabila
pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam
Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah
akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ". (Riwayat Ibnu
Majah)
Keterangan:
Hadis di atas
menerangkan bahawa:
- Penyakit Thaun dan Aids adalah
berpunca dari banyak berlaku perzinaan.
- Kesukaran mencari rezeki dan
kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan
sukatan dan timbangan.
- Kemarau panjang adalah berpunca
dari tidak megeluarkan zakat.
- Kemampuan musuh mengambil
sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya
Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka
mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.
- Perang saudara yang berlaku di
kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum
Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di
dalam kehidupan.
Mari bersama sama berkongsi ilmu.. Semoga kita mendapat rahmatNya.. Amin..
Copy dari sumber INI
1 Komentar untuk "Perkongsian Ilmu | Maksiat Yang Disegerakan Balasannya|"
thanks for sharing ^_^