Baguslah Kalau Mampu | Jangan Pentingkan Diri Sendiri

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Baguslah Kalau Mampu | Jangan Pentingkan Diri Sendiri

Baguslah Kalau Mampu | Jangan Pentingkan Diri Sendiri | Alhamdulillah... Aku bersyukur dengan pemerintah dari parti kerajaan BN yang telah menyediakan segala kemudahan dan juga bantuan bantuan yang diberikan kepada rakyat yang susah...

Cuma satu je aku nak suarakan ketidakpuashatian aku ni, kalau pihak pemerintah nak naikkan harga barang sekali pon macam contoh minyak ke, tol ke, elektrik ke yang dah memang naik sekarang ni, jangan lah naikkan sekaligus... Sakit tau... 


Macam akak dalam gambar tu, Noor Sharipah tu punya statement memang aku setuju... Tapi dia memang tak terasa beb... Dia keje hospital yang memang pasti berpendapatan tinggi... Cuba berfikir di luar kotak, cuba ingat sikit orang yang takde pelajaran yang hanya kais pagi makan pagi kat luar sana... Adoilah...

Mungkin juga aku miskin disebabkan kesilapan aku di masa lalu yang tak nak belajar betul betul sehinggakan mendapat pekerjaan yang lebih baik dari sekarang ni... Hemmmm... Malas nak pikir lah.. Nak tak nak pon tetap kena hadap juga tahun kenaikan harga barang yang akan bermula beberapa jam saja lagi...

Apa yang penting, SYUKURRRRRR MALAYSIA MASIH AMANNNNNNN!!!!!!!!!!


2 Komen untuk "Baguslah Kalau Mampu | Jangan Pentingkan Diri Sendiri"

yg bergaji takde la terasa sangat..macam mana pulak yg tak ade gaji bulanan? nak hidup pun susah..tambah lagi dengan kenaikan barang ni.

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info