Paintball Bersama Blogger Di Cyberjaya Paintball

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Paintball Bersama Blogger Di Cyberjaya Paintball

Kire dah lama juga lah aku tak main Paintball ni sejak dah beranak kecil.. Sabtu lepas, Bro Framstone ajak beberapa orang blogger untuk main kat Cyberjaya Paintball... Perghhhh.. Memang syokkk walaupon aku rasa badan aku berat sangat bila nak berlari... Hahaha

Yang tambah menarik lagi tempat ni, parking memang senang.. Berjalan cuma 20 langkah dari tempat parking dah sampai dah... Dan yang paling penting, lepas main paintball tu korang boleh pilih samada nak mandi dalam bilik mandi yang disediakan atau kolam renang... Bunyi macam best kan... Haaa.. Rugi kalau tak cuba main kat sini...


Benda yang paling utama yang perlu kita nilai adalah harga untuk setiap game.. Sangat berpatutan jika dibandingkan harga di tempat yang selalu aku pegi.. Pada aku sangat berbaloi... Tambahan lagi tempat ni sangat dekat dengan rumah aku... Cuma 3.9km je beb... Boleh pegi lagi ni... hehehe



Cyberjaya Paintball menyediakan marker jenama TIPPMAN... Impian aku nak memiliki Tippman sendiri belum kesampaian sebab harganya korang sendiri dah boleh agak..



Pihak penganjur telah menyewa tapak ini dengan pihak Majlis Perbandaran Sepang dan menyediakan 5 padang paintball... Nanti kalau ade gathering blogger, kita cuba main dalam Gua Musang tu... Baru ade feel macam tentera... Hehehe


Sedikit aksi semasa blogger malaya ni berasksi dalam padang paintball... Hehehe.. Apa yang penting kerjasama dalam kumpulan..


Masa ni kitorang buat rules 'No Mercy'.. Maksudnya siapa yang boleh tahan kena attack, boleh stay berperang... Dan aku rasa masa tu memang hujan pallet sehinggakan peluru tu hampir kena kat 'benda' sulit... hahahaha....

Andai kata ade jemputan lagi, kompom aku nak join sekali lagi... Sebab tempat ni memang menarik.... Serius... Memang menarik... Kalau nak tahu tempatnya kat mana, korang cari je "Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ( KKTC )".. Untuk maklumat yang lebih lanjut, klik page Cyberjaya Paintball di  SINI


Related Post

  • Cabaran 30 Hari | Cabaran Hari PertamaGeram punya pasal la ni... Geram tengok geng geng blogger main game CABARAN 30 Hari... Cabaran untuk 1 September ni adal…
  • Aku Kaya!!! Aku kayaaaaa!!!! Den kayoooo!!! Yahoooo!!!! Goooglee!!! ( Sambil melonjat ) Tu jumlah duit aku kat bank.. Hahaha.. …
  • Sekali Lagi Blog Jadi Pilihan Pakcik Google bagi.. Ni takde kaitan ngan Bersih.. Weh korang!!!! aku nak kongsi kat korang semua ni... aku teruja …
  • Clash Of Clans | Kelab Blogger Ben AshaariClash Of Clans | Kelab Blogger Ben AshaariSetelah mendapat persetujuan tuan punya nama, Ben Ashaari, akhirnya telah tert…
  • Mencabar Minda Ke Tau tak game ni?? Kalau aku tak silap nama game ni UNO kot... Wife aku cakap game ni mencabar minda tapi cabaran tu a…
4 Komen untuk "Paintball Bersama Blogger Di Cyberjaya Paintball"

Kalau kene tu, memangis tak berlagu 2 hari....
Hahahahaha....

Apa boleh buat kehabisan pellet dalam loader. Kalau ada bawa pod, memang berperang sakan kita hari tu, hahahaha........

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info