Kurung Anak Dalam Stor Taska Dan Komen Yang Membina
Mungkin ada beberapa blogger yang tau pasal citer ni... Citer pasal anak dia kena kurung dalam stor tu kat Taska Putrajaya. Apa yang dikongsi dalam blog pasal anak yang kena dera atau pon yang kena kurung dalam stor, supaya orang lain ambil ikhtibar...
Tapi yang aku pelik, ade juga manusia manusia langau ni yang tak paham... Siap marah kat kaum hawa tu sendiri sebab tak nak jadi suri rumah untuk menjaga anak anak....
Baca komen dari orang tu... Ape pendapat anda sebagai seorang isteri yang berkerjaya???
Dia mungkin boleh berbangga sebab mempunyai suami yang bergaji besar dan mampu untuk menanggung segala perbelanjaan harian keluarganya... Tapi macam mana pulak dengan suami yang berpendapatan rendah dan tinggal menetap di KL??
Mungkin kehidupan dia senang dan hidup dalam keadaan selesa, tapi janganlah komen macam tu.. Tak baik... Allah dah tentukan yang suami penulis blog tu mempunyai pendapatan yang cukup cukup makan dan memerlukan dia keluar bekerja membantu suaminya...
Aku pon malas nak komen panjang panjang... Korang pegilah baca sendiri kat blog orang tu.. Kesian kat anak dia... Kena kurung hanya kerana kerap menangis... Baca dan tekan kat Sini
4 Komen untuk "Kurung Anak Dalam Stor Taska Dan Komen Yang Membina"
Semua perempuan pun ingin menjaga anak sendirikan PB, cuma keadaan tidak mengizinkan....
Apa pun nama pun manusia, perangai pun macam-macam...harap dia sedar dan komen tak ikut emosi lagi
betul kata okje...kalau berada, takdelah kaum hawa ni semua nak kerja..duduk rumah mengulit anak lagi bagus...mungkin dia belum ada anak kot..tu yang boleh cakap camtu
pedas gilerr comment.kesian kat penulis blog tue..
orang yang argue bende ni tak fikir guna otak,ikut rasa sendiri.frankly semua ibu bapa mahukan yg terbaik untuk anak2.dengan keadaan ekonomi sekarang yg perlukan perbelanjaan yang tinggi,isteri/ibu perlu bekerja membantu suami dan kesenangan keluarga.i think this kind of people unseen the real life and duduk dalam gua.kalau nak ikutkan sbg ibu mmg mahu menjaga anak sendiri di rumah..kekangan hidup sekarang everythings is money.