Ibu Bapa Yang Salah

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Ibu Bapa Yang Salah

Ini hanya sekadar pendapat aku... Seandainya korang mempunyai pendapat sendiri, tidak menjadi masalah untuk kita bertukar tukar pendapat... Isunya adalah bila anak berperangai liar atau dalam kata lain sukar dikawal pergerakannya ataupon berpelesiran, siapa wajib dipersalahkan....

Apakah ibu bapa yang patut kita salahkan??? Adakah guru patut dipersalahkan??? Atau patutkah kita salahkan diri sendiri.... 

Pada pendapat aku, isu ni memang susah untuk kita menilai kepada siapa patut kita tuding jari.... Lihat dan renung diri sendiri... Apa yang telah terjadi pada diri korang sendiri... Sebagai contoh macam ni..

Dulu mak bapak suruh belajar rajin rajin... Supaya menjadi doktor, ataupon majistrit... Mak bapa terpaksa berhempas pulas membanting tulang empat kerat semata mata nak menjadikan kita insan yang cemerlang gemilang dan tak temberang... Sekarang ape yang jadi...Nak salahkan mak bapa sebab tak ajar kita betul betul???

Ingat tak kisah Nabi Nuh a.s.??? Nabi Nuh adalah seorang nabi dan rasul.. Adakah anak dia menjadi seorang hamba yang bertakwa kepada Allah??? Nak salahkan mak bapa lagi ke??

Dari dulu sampai sekarang, seandainya anak tu liar tu semua salah mak bapa... Takde seorang pon mak atau bapa yang nak kan anak anaknya menjadi mat rempit.. Takde sorang pon mak atau bapa yang nak kan anaknya jadi bohsia...

Kurang didikan agama??? Pada aku ini bukan lah alasan yang patut diberikan... Sedangkan seorang tahfiz pon boleh kene tangkap basah kat semak... Sedangkan budak pompuan kat sekolah agama pon tergamak buang bayi kat sampah... Apakah golongan ini juga kurang didikan agama???

Habis tu nak salahkan siapa???? Tepuk dada, tanyalah iman.. Iman lah yang akan menjadi dinding untuk menghalang semua perkara mungkar...

Semoga Allah menjaga diri kita... Perbanyakkan amalan agar iman menjadi tebal untuk mencegah kita dari perbuatan mungkar..

" Ya Allah, Engkau letakkanlah dunia di tanganku, jangan letak dihatiku"


3 Komen untuk "Ibu Bapa Yang Salah"

kekadang untuk melentur buluh biarlah dari rebungnya tetapi anak-anak umpama kain putih kita seharusnya mewarnainya dengan suatu lurah kehidupan yang berbeza dulu dan sekarang....

ada kala nyer salah kita sendiri

Tak payah tuding pada sesiapa...tuding pada diri sendiri je....

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info