Babi Punya Babi

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Babi Punya Babi



Besarkan babi ni... Tapi masa kecik dulu, aku dengan arwah bapa aku pernah hampir terlanggar sekor Babi Hutan yang lebih besar daripada yang ni... Rasanya paras pinggang aku kot... Waktu tu malam yang sangat gelap dan babi tu pon melintas secara membabi buta je.. Memang dasar babi betul.. ( bukan mencarut ye)

Masa tu juga aku terfikir, babi adalah binatang yang diharamkan kepada orang islam untuk menyentuhnya apatah lagi nak makan kan... Tapi kalau dia haram kenapa Allah s.w.t. menciptakan babi ni??? Dah babi ni haram untuk orang islam kenapa nak ciptakan... Perasaan ingin tahu membuak buak... Keesokan harinya aku terus jumpa ustaz nak tanya kenapa babi ni diciptakan...

Aku: ustaz,,, saya nak tanya ni, kenapa Allah mengharamkan babi kepada orang islam samada menyentuh atau makan...

Ustaz: Babi ni diciptakan oleh Allah sebagai haiwan yang kotor.. Babi makan semua jenis kotoran termasuklah najisnya sendiri... Seandainya Allah hanya menciptakan kucing, banyak kotoran yang akan menimbun dalam dunia ni...

Tapi Allah Maha Bijaksana, Dia menciptakan semua hidupan ni memerlukan antara satu sama lain... Takde satu pon ciptaan Allah tu hanya untuk diri dia sendiri...

Sebagai contoh, seandainya kita tengok pokok.. Kalau kita melihat luaran saja, pokok tu hanya sebatang kayu yang tak berguna... Tapi sebenarnya pokok tu macam macam kita boleh guna... Malahan udara yang kita hirup ni pon bersumberkan dari daun pokok yang merimbun tu...

Sama juga la macam babi... jadi fikir fikirkan lah ye... hehe.. jangan gunakan babi untuk mencarut pulak...

Aku: Terima kasih ustaz.. hehehe

Mungkin ada betul juga ustaz tu cakap kan... aku pon malas nak mengkaji babi ni.. hehehe.. Tapi yang aku tahu serba sedikit mengenai babi, darah dia mampu mencairkan darah yang beku... See.... itulah salah satu kegunaan babi ni walaupon dia seekor babi yang babi... Hahahaha...

Mungkin korang ade yang lebih mengetahui pasal babi ni,,, silalah berkongsi dengan aku yang kurang berpengetahuan ni.. hehehe

2 Komen untuk "Babi Punya Babi"

5 Kelebihan Makan Daging babi.. tapi aku tak syorkan untuk muslim.. just untuk knowledge..

http://www.pengerindu.com/2013/03/fakta-5-khasiat-memakan-babi.html

babi ini sebagai ujian buat orang islam..

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info