Jalan Sesak Selama 12 Hari!!

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Jalan Sesak Selama 12 Hari!!



Kesesakan lalu-lintas yang sering berlaku di Malaysia biasanya berlaku untuk tempoh masa selama dua ke tiga jam sahaja. Paling teruk berlakunya kesesakan lalu-lintas sewaktu orang ramai berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut satu-satu perayaan.

Kalau kesesakan lalu-lintas selepas pulang bekerja, itu boleh dikira sebagai perkara biasa.
Tapi tidak pada kesesakan yang berlaku di Lebuh Raya Beijing-Tibet. Kesesakan itu merupakan rekod dunia pertama di mana memakan masa hampir 12 hari dan berlaku sejauh 260 kilometer!

Setiap kenderaan yang terkandas dalam kesesakan itu hanya mampu menggerakkan kenderaan mereka sejauh 1 kilometer sahaja. Ia berlaku pada Ogos 2010 disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya sedang dilakukan ketika itu.

Jadi, terlalu banyak lori-lori mengangkut barang di sepanjang lebuh raya itu.
Apa yang menariknya, walaupun terkandas dalam kesesakan jalan raya yang teruk ketika itu, pemandu yang terperangkap dari wilayah Inner Mongolia dan Hebei menuju ke Beijing menyebabkan mereka membuang masa dengan tidur, bermain terup dan catur selain bersiar-siar.
Proses penyelenggaraan jalan raya itu siap sepenuhnya pada bulan hadapannya.

P/s: Hahahaha... Kalau macam ni kat KL, orang yang bawa manual boleh patah kaki woo.. Kat China boleh la main terup, kalau orang nak ke Pantai Timur,laluan berbukit banyak woo.. Kompom menangis... Hahahaha.. 


Related Post

  • Jalan Sesak Selama 12 Hari!! Kesesakan lalu-lintas yang sering berlaku di Malaysia biasanya berlaku untuk tempoh masa selama dua ke tiga…
  • Amirah Dan Walker "Hakhakhak!!! Saya naik walker kat rumah atuk kat Temerloh... Best nye duduk dalam ni..." Nak tak nak aku kena letak…
  • 11 Jenis Manusia Didoakan Malaikat PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa k…
  • Rindu Sangat Kat Arwah Bapa Aku rindu sangat kat arwah bapa aku.. Macam baru semalam aku dapat borak dengan dia pasal politik dan hal anak anak..…
  • Kahwin Jangan Fikir Nafkah Batin Je " Bro,, meh jap.. Ko lempang sikit aku "... aku cakap kat member aku.. " Apesal lak ko minta lempang ni ?? "... …
2 Komen untuk "Jalan Sesak Selama 12 Hari!!"

Dalam 12 hari tu diaorang buat apa? Kalau nak buang air kecil atau besar kat mana? Mungkin pihak berkuasa China ada sediakan tandas bergerak kut..... Beratur lagi....

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By Catatan Info