MAYAT
seorang wanita Palestin dikeluarkan daripada runtuhan selepas rumah
keluarganya di kejiranan Tufah, di Bandar Gaza musnah dibom tentera
udara Israel semalam.
GENTING GAZA – Pihak Israel mengancam
untuk meningkatkan serangan ke atas Gaza, biarpun usaha gencatan senjata
giat dijalankan bagi menghentikan serangan yang memasuki hari kelima
semalam.
Bedilan tentera Israel telah meragut
enam lagi nyawa yang terdiri daripada tiga orang kanak-kanak dan seorang
bayi berusia 18 bulan. Angka korban terbaharu itu kini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terkorban meningkat kepada 52 orang.
Serangan udara yang dilakukan turut
menggegarkan dua pusat media di bandar ini menyebabkan
sekurang-kurangnya lapan orang wartawan cedera dan salah seorang
kehilangan kaki, kata jurucakap kesihatan, Ashraf al-Qudra kepada agensi
berita AFP.
Sementara stesen televisyen Rusia, RT
memberitahu pejabatnya di Genting Gaza musnah dalam serangan yang
dilakukan semalam. Namun semua kakitangannya selamat.

SEKUMPULAN
lelaki Palestin menunaikan sembahyang jenazah ke atas mayat Iyad Abu
Khoussa yang berusia setahun setengah di sebuah masjid di kem pelarian
Bureij, Genting Gaza semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha
Luar Britain, William Hague memberi amaran, tindakan Israel menceroboh
Genting Gaza akan menyebabkan simpati dan sokongan masyarakat
antarabangsa terhadap Israel hilang.
Hague memberitahu stesen televisyen Sky
News, korban orang awam akan meningkat jika serangan darat dilakukan dan
ia hanya memanjangkan tempoh konflik.
Komen beliau hadir selepas Perdana
Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pasukan tentera daratnya
bersedia untuk menggempur Genting Gaza bagi menentang pejuang Hamas.
Di Tel Aviv, bunyi siren terus
kedengaran bagi memberi amaran kepada pejalan kaki dan pemandu kereta
supaya mendapatkan perlindungan daripada serangan yang dilakukan oleh
pejuang Hamas.
Tujuh buah roket telah dilancarkan ke
arah Tel Aviv sejak Khamis lalu. Tiga daripadanya meletup di laut, tiga
lagi dipintas oleh sistem perisai Iron Dome dan satu lagi mengenai
kawasan lapang. – Agensi
P/s: Sedih aku tengok gambar jenazah seorang budak kecik... Naluri kebapaan aku meronta ronta... Selamatkan Gaza Ya Allah...
1 Komentar untuk "Israel Ancam Tingkat Serangan"
salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)