Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata;
“Saya masuk ke rumah Rasulullah SAW,
waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut.
Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut.
Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar.
Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju
Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan baju, lantas ia melihat
ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis.
Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?”
Umar menjawab , “demi Allah, saya
menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan
kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya).
Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya
lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).”
Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah
kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat
kesenangan akhirat?”.
Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun
tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah yang
terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah
Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.
Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah.
Diatas adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita.
Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata,
“Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian
tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun
menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi)
Dibawah ini pula kesan-kesan runtuhan rumah Baginda


Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
Jikalau nak dibandingkan dengan
rumah umat2nya sekarang…jauh berbeza sangat, dan kadang-kala rumah yang
dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah miliki
rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras
tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah.
Moga kita hidup dalam kesederhanaa,
miliki rumah besar itu tak salah, tapi biar berpada-pada, kerana masih
ada insan yang duduk dibawah jambatan, apakah anda pernah terfikir untuk
membantu mereka
P/s; Cuba bandingkan pemimpin kita pulak camner?? Tak payah tengok yang berjawatan besar, just tengok orang bawah bawah je, rumah kalau tak ratus riban tak sah kan... Fikir fikirkan..
1 Komentar untuk "Gambaran Rumah Rasullullah S.A.W."
subahannallah.. sedangkan dia rasul utusan allah tetap bersyukur dengan nikmat yg serba kekurangan sedangkan diri sendiri yg bukan siapa-siapa sering merungut dengan apa yg ada...