Minggu, 4 Rabi’ul Awwal 11 H (Seminggu sebelum wafat)
Rasulullah baru saja kembali dari ziarah maqam para sahabat (baqi
‘), ketika Jibril menemui Beliau dan mengajukan dua pilihan. Apakah
Rasulullah menginginkan dunia dan segala isi kandungannya, atau bertemu
Allah SWT? Dan Rasulullah Saw memilih pilihan kedua.
Setibanya di rumah, Aisyah ra. menyambut Rasulullah seraya berkata:
“Wahai Rasul, kepalaku pusing”. Rasulullah-pun tersenyum, “Demi Allah
wahai isteriku, kepalaku juga pusing sekali”. Lalu Rasulullah bertanya
kepada Aisyah sambil bersendagurau, “Apa yang menjadi beban fikiran,
bila engkau meninggal duluan sebelum aku?”
Sambil bersenda mesra Aisyah menjawab, “Demi Allah, jika demikian
wahai Rasulullah, Engkau tinggal kembali ke isteri-isterimu yang lain”.
Rasulullah tersenyum mendengar jawapan Aisyah, dan Beliau tidur pada
malam itu dalam keadaan sakit. Inilah permulaan sakit Rasulullah yang
menyebabkan wafatnya beliau.
Rabu, 7 Rabi’ul Awwal 11 H (Lima hari sebelum wafat)
Seperti biasa Rasulullah mengunjungi isteri-isterinya secara
bergilir. Dan setibanya di rumah Maimunah ra, sakit Beliau tiba-tiba
bertambah parah. Lalu Rasulullah memanggil isteri-isterinya untuk
berkumpul, lalu meminta izin agar boleh dirawat di rumah Aisyah ra.
Keadaan Rasulullah semakin parah, beliau terpaksa dipapah oleh Fadhil
bin ‘Abbas dan Ali bin Abi Talib menuju ke rumah Aisyah, sedang kedua
kaki Beliau sudah tidak boleh menapak tanah.
Khamis, 8 Rabi’ul Awwal 11 H (Empat hari sebelum wafat)
Rasulullah meminta dibawakan untuknya tujuh bejana berisi air dari
tujuh telaga yang berbeza. Dalam posisi duduk, Rasulullah dimandikan
dengan air tersebut. Kerana merasa pusingnya agak berkurang, Rasulullah
keluar dan berkhutbah di hadapan umatnya.
Dan pada hari itu juga,
Rasulullah masih sempat solat maghrib berjamaah bersama para sahabat.
Itu merupakan khutbah terakhir Rasulullah, dan solat terakhir beliau bersama para sahabat dan pengikutnya.
Minggu, 11 Rabi’ul Awwal 11 H (Satu hari menjelang wafat)
Rasulullah membebaskan semua hamba sahayanya, dan menghebahkan
seluruh peralatan perangnya kepada kaum muslimin. Tidak ada yang tersisa
dari harta Beliau kecuali disedekahkan semuanya.
Isnin pagi, 12 Rabi’ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)
Ketika kaum muslimin sedang menunaikan solat subuh berjemaah, dan
Abu Bakar ra bertindak sebagai imam. Rasulullah membuka pintu rumahnya
yang bersebelahan dengan jamaah solat. Rasulullah tersenyum melihat para
sahabatnya mendirikan solat.
Beliau teringat perjuangan menyebarkan
Islam yang telah beliau tempuh bersama para sahabatnya itu selama 23
tahun.
Abu Bakar dan sebahagian jamaah sedar kalau Rasulullah sedang
memperhatikan mereka di depan pintu rumahnya. Nyaris saja Abu Bakar
melangkah mundur sebagai isyarat agar Rasulullah mengimami mereka, namun
Rasulullah berkata, “Teruskan solat kalian ..” Rasulullah tersenyum dan
menutup kembali pintu rumahnya.
Itu adalah kali terakhir para sahabat melihat Rasulullah sebelum
beliau wafat. Dan juga kali terakhir Rasulullah melihat para sahabat,
dan saat itu mereka dalam keadaan sedang solat.
Isnin, waktu dhuha, 12 Rabi’ul Awwal 11 H (Hari wafatnya Rasulullah)
Fatimah ra., Puteri Rasulullah saw mendatangi beliau, dan duduk di
sebelah kanan Rasulullah. “Selamat datang wahai puteriku” Sapa
Rasulullah. Lalu beliau membisikkan sesuatu kepada Fatimah, seketika
Fatimah menangis. Rasulullah membisikkan untuk kedua kalinya, dan
seketika itu pula Fatimah tertawa.
“Apa yang dikatakan Rasulullah saw kepada kamu?” Tanya Aisyah ra.
“Pertama, Rasulullah membisikkan kepadaku; ‘Bahawa Malaikat Jibril
biasanya menemuinya sekali dalam setahun untuk membacakan ayat-ayat
Al-Qur’an. Namun, tahun ini Jibril dua kali menemuinya. Ini mungkin
petanda ajalnya sudah dekat ‘. Makanya aku menangis “. Jawab Fatimah Ra.
Lalu Fatimah melanjutkan, “Yang kedua, Rasulullah menanyakan, ‘Apa
kamu bersedia menjadi yang pertama dari keluargaku yang akan melanjutkan
perjuanganku? Atau bersediakah engkau menjadi ‘Ibu bagi orang-orang
yang beriman’ (ummahatulmukminin)? ‘. Dan aku tertawa haru mendengar
soalan itu “, tuntas Fatimah ra.
Ini adalah dialog terakhir antara Rasulullah dengan putri tercintanya Fatimah Ra
Isnin, saat-saat wafatnya Rasulullah, 12 Rabi’ul Awwal 11 H
Di saat-saat terakhir, datang Abdurrahman bin Abu Bakar (Abang dari
Aisyah ra) dan ia membawa siwak (kayu yang biasa digunakan untuk
membersihkan gigi). Aisyah melihat Rasulullah memperhatikan siwak
tersebut, dan lewat isyarat isterinya tahu Beliau seperti ingin bersiwak
ketika itu. Lalu Rasulullah duduk bersandar di pangkuan Abdul Rahman.
Aisyah ra. langsung tanggap dan meminta siwak dari Abdurrahman agar
diberikan kepada Rasulullah, dan bersiwak adalah pekerjaan Rasulullah
yang terakhir sebelum menemui ajal.
Setelah selesai bersugi, Rasulullah memandang ke atas, dan bibir
beliau berkomat-kamit pelan hingga Aisyah ra mendekatkan wajahnya dan
mendengar Rasulullah berdo’a;
مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين, أللهم
اغفرلي وارحمني والحقني بالرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم
الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..
Ertinya:
“Sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri nikmat dari
golongan para Nabi, orang-orang yang jujur, para syuhada dan para
shalihin. Wahai Allah, ampunilah dosaku, sayangilah aku, dan pertemukan
aku dengan-Mu (Kekasihku Yang Maha Tinggi). Wahai Allah, Kekasihku Yang
Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah,
Kekasihku Yang Maha Tinggi ..
Setelah membaca kalimat di atas, Rasulullah membasuh wajahnya dengan air yang terdapat di sisi beliau, dan kembali melafadhkan;
إن للموت لسكرات .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..
Ertinya:
“Sesungguhnya kematian itu akan menghadapi ‘sakaratulmaut’, Wahai
Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha
Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi “
Pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih
memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang
Rasulullah pada kita.
Lalu Rasululllah-pun menghembuskan nafas terakhirnya ..
Anas bin Malik mengisahkan, “Tiada hari yang paling indah dan cerah
selain hari kedatangan Rasulullah saw. ke Madinah. Dan tiada hari yang
lebih mendung dan muram daripada hari ketika Rasulullah saw. wafat di
Madinah “
1 Komentar untuk "7 Hari Menjelang Kewafatan Nabi Kita"
thanks gud info