Kalah Sudah Pasti, Menang Belum Tentu

Berkongsi maklumat isu semasa dari pelbagai dimensi

Kalah Sudah Pasti, Menang Belum Tentu

Ini bukan satu pertandingan ke ape ke kan.. Tapi ini lah kejadian bila kita main judi... Bukan kita sebab aku tau korang korang yang ada ni memang bukan lah pandai berjudi kan.. eh.. judi tu ape (menandakan aku tak tahu judi)...

Semalam aku lepak dekat kedai mamak dengan wife kan.. Pastu aku terpandang lah sorang mamat ni.. Ala.. bangsa kita juga la kan, baca paper bahasa cina... Kalau aku amati, memang dia tak reti pon baca paper tu.. Main selak selak je aku tengok.. Rupenye kat tangan kanan ade pula kertas nombor ekor.. Ekor mana tu aku tak tahu, sama ada ekor 'kuda', ekor 'makcik num' atau ekor 'da ma cai'...

Mesti korang pelik mana aku tau semua senarai kedai ni, sebab nye belakang opis aku ni berlambak kedai nombor ekor... Tak perlukan persaingan kalau perniagaan ni, just tunggu je orang ramai datang... hahaha

Aku saja bagi gambar lain dari entry
Aku dulu suka main daun terup.. ala bukan main duit pon kan, just suka suka.. Tapi sejak aku tahu benda ni memang haram walaupon setakat suka suka, then aku stop.. Aku tak nak main lagi dah.. Walhal menyimpan daun terup kat rumah pon dah haram, apatah lagi nak main kan.. Apa yang aku tahu pon dari Ustaz Azhar Idrus..

Kenapa benda ni haram tapi kita lah yang pergi main kan?? Kalah tu kompom, menang tu jangan harap lah.. Sekali menang RM300, tapi dia tak kira pula sebelum dia menang tu berapa ribu dia rugi.. Menang sikit, muka ada sinyuuummm...  Jauhi benda haram, dekat kan diri dengan halal... Nasihat Nisfu Syabaan untuk diri sendiri juga
6 Komen untuk "Kalah Sudah Pasti, Menang Belum Tentu"

betul2..ramai dh orang suka berjudi ni,sama jgak kt tmpat aku tinggal sekarang...yg muslim pun ada jgak,mereka mcm tak tkt dosa je..

http://dairykuinspirasiku.blogspot.com/

dosa yang tak nampak tu la orang tak takut... betul tak.

sikap/tabiat lama sesetengah org yg sukar nak dielakkan...penagan judi!..tak juga kayo-kayo huh..[jauhilah kami daripadanya]

duit haram kejap je walaupon menang juta juta.. duit tu kadang kadang lesap entah kemana

di pekan tmpt miss z tggl ne, pegi sja tu kadai potostet..bg duapulusen sama tu tauke..dia bg kertas..kptusan nombor

http://misszberceloteh.blogspot.com/

nasihat yg baik :)

salam nisfu syaaban

 
Copyright © 2014 PaPa BloGGer - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info